Musim Perhimpunan UMNO datang lagi.. Suasana Kuala Lumpur kembali meriah ... Hampir 300 ribu ahli UMNO dari seluruh negara berkumpul di pusat bandaraya.
Sudah tentu, bila ramai yg hadir menu makanan akan menjadi perhatian utama. Masa ini lah perwakilan dan pemerhati UMNOyang hadir sebuk mencari restoran2 enak untuk menjamu selera meski pun ada hidangan disediakan di PWTC.
Bagi yang berasal dari Kelantan.. Sudah tentu mereka mencari restoran selera Kelantan. Ada beberapa tempat yang menjadia tempuan termasuk lah MZ, Hj Hassan dan yang paling ambo suka adalah Restoran Hj Yaakub Murni yang terletak di Jalan Raja Alang...berdepan dengan hotel Regency.
Ambo mula makan kat sini sejak tahun 80an lagi.... Masa tu ambo belajar di sebuah kolej swasta di Jalan Ipoh. Sebelum balik ke rumah ambo di Lucky Garden, Bangsar ambo akan singgah dulu makan kat sini... Makanan nya murah dan sedap... Kalau nak menjamu selera di sini kena datang awal..kerana selepas pukul 2 petang biasanya lauk sudah habis.
Musim PAU seperti sekarang... Biasanya restoran ini akan dipenuhi oleh perwakilan dan pemerhati UMNO dari Kelantan...!!
Yang paling special menu kat sini adalah gulai kawah nya... Sangat sedap... Begitu juga sare ( rumpai laut) dan jeruk maman.
Tetapi yang ambo paling gemar adalah gulai itik nya... Sangat enak....!!
Kalau nak rasa masakan Kelantan asli yang sedap dan harga berpatutan.. Boleh singgah ke restoran ini yang di buka seawal 11 pagi... Dan biasa nya sebelum pukul 2 petang.. Lauk dah licin...!!
Jadi..jom datang awal... Nak ajak ambo sekali pun boleh...!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan