Sejurus selepas sembahyang sunat Aidiadha pagi tadi... Lebih 20 ekor lembu dan berpuluh ekor kambing telah dikorbankan.
Majlis tahunan itu, dijalankan dengan penuh meriah di ruang parking terbuka belakang kompleks Semua House.
Kebanyakan yang mengambil bahagian dalam majlis korban itu terdiri daripada warga asing yang menjalankan perniagaan di sekitar Jalan TAR dan juga penduduk setempat.
Daging sembelihan akan dibahagi kepada 7 bahagian, dan diagihkan kepada individu yang mengambil bahagian.
Suasana menjadi lebih gamat bila mereka yang hadir berebut2 untuk mendapatkan daging korban ... ada ketikanya menjadi tidak terkawal...! ,
Apa pun suasana majlis korban di sini memang meriah.. Malang nya tidak pernah mendapat liputan media walau pun agak unik...!!
Pukul 12 tenga hari... Majlis selesai...!! Ad yang mem bahagikan daging korban mereka terus di tapak korban..dan ada juga yang membawa balik untuk diagih2kan sendiri kepada jiran dan saudara mara mereka.
Bagi ambo, cara begini lebih bagus kerana ahli korban sendiri yang agihkan daging mereka, berbeza yang diamalkan dimana pihak masjid/surau yang membuat agihan...!!
Bila hadir majlis korban begini...teringat ambo pada majlis korban di Kelantan.. Kongsep nya mmg sama..!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jumaat, 26 Oktober 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Adakah mereka jaga kebersihan tempat tu? Bila tengok darah haiwan korban tu, dibersihkan ke tak? Tu tempat awam, tak kira la lorong belakang ke, atau lorong depan. Jgn sbb perlakuan yg kurang prihatin oleh seglintir umat Islam, ibadah korban ni dipandang serong oleh orang bukan Islam. Sepatutnya 'peraturan' yg dibuat oleh kerajaan Australia baru-baru ni terhdp pengimport kambing dijadikan pengajaran. Wlhal cuma satu dua tempat korban yg tak jaga adab terhadap haiwan, akhirnya orang kafir pulak yg mengajar 'akhlak' pd orang Islam. (macamlah penternak di Australia tu bersih sangat). Tp salah kita juga tak mengingatkan diri sendiri.
Catat Ulasan