hari ini, Edisi KL akhbar Sinar Harian membuat liputan semuka penuh tentang Pasar Malam TAR vs Pasar Malam Swasta. Cuma ambo agak terkejut sikit dengan kenyataan Tim Pengarah JPPPK yang memberi alasan utk mewajarkan meluluskan ratusan petak baru..!!
Peniaga asal pasar malam TAR akan tetap pertahankan hak mereka....!!
Ambo cuma mengeleng kepala bila Timbalan Pengarah Jab Penjaja dan Peniaga Kecil DBKL berkata "Pembukaan pasar malam baru itu susulan pihak operator parkir mendakwa terpaksa menaggung kerugian setiap hari sabtu apabila pasar malam Lorong TAR sedia ada menghalang laluan masuk untuk ke pakir berkenaan"
Jika itulah alasan yang dikira logik untuk mewajarkan pembukaan pasar malam swasta itu..maka tidak salah lah jika peniaga di kedai sepanjang Lorong TAR itu juga meminta supaya permis mereka juga diberi ruang kerana peniaga Pasar Malam TAR juga menghalang pelanggan masuk ke kedai mereka dan merugikan mereka pada setiap sabtu!! Logik kah begitu??
Ambo bukan nya mahu persoalkan kewajaran pihak DBKL meluluskan 200 petak pasar malam kepada Syarikat Mobil Plus itu. Tetapi sebelum mengikat kontrak selama 3 tahun bersama DBKL untuk memajak tapak pakir tersebut...sudah tentu operator berkenaan sedia maklum tentang wujud nya pasar malam di lorong berkenaan. Tetapi mengapa pula bila mereka mendakwa kerugian...peniaga pasar malam TAR yang perlu menjadi mangsa??
Memang benar... yang terlibat cuma 7 petak dari 500 tapak yang ada. Persoalan nya ..jika dalam isu sebegini pihak penjaja dilakukan sedemikian rupa..apakah kita boleh percaya pihak DBKL tidak akan bertindak seperti itu lagi bila ada desakan dan rayuan dari pihak lain pula?? Apakah pihak penjaja akan terus menjadi korban atas dasar liberal DBKL itu???
Dan lebih hebat lagi... kerana wujud nya pasar malam swasta itu, 7 penjaja asal pasar malam TAR perlu mengalihkan tapak mereka walau pun tanpa notis... kalau kita pandang dari sudut itu...mmg hebat operator parking tersebut....!!
Pasar Malam TAR telah beroperasi hampir 20 tahun lepas, jauh lebih awal dari kewujudan parkir tersebut. Lantaran itu apa sahaja keputusan yang melibatkan pasar malam TAR perlu dinilai dari sudut sejarah.
Ambo sekurang2 nya respek dengan peniaga di permis sepanjang Lorong TAR..mereka faham kewujudan pasar malam TAR labih awal dari mereka...dan mereka tidak pernah persoalkan bila peniagaan mereka terlindung pada setiap sabtu..!! Malah sepanjang bulan ramdan..sebulan permis mereka terlindung oleh bazar ramadan... tidak pun mereka merunggut rugi kepada DBKL...apakah jika mereka mengadu kerugian... DBKL akan membuat keputusan yang sama?? bazar pelrlu dialihkan sikit untuk beri jalan kepada permis tersebut??
Apa pun, kuasa mutlak ada pada DBKL...penjaja cuma mentimun!!! Apa sahaja keputusan DBKL itulah yang kami terpaksa terima....!!! Namun sebagai peniaga kecil..kami juga mengharapkan kewajaran bagi setiap keputusan yang DBKL putuskan....!! Kalau bukan DBKL yang bantu kami..siapa lagi yang boleh kami harapkan..??
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
Mengapa org kecil selalu jadi mangsa? Mengapa bila org besar rugi org kecik perlu korbankan diri tetapi kalau org besar untung org kecik tak boleh ganggu?
DBKL unit penjaja kerja nya bantu penjaja mengapa operator parking yang mereka bela?
kawe pelik jugok JPPPK ni sebenar nya jago sapo? jago penjajo atau jago operator parking? bakpo dok ambil berat sangat belah mereka tapi tak ambil berat kebajikan penjaja.
dbkl kena adil. jangan condong kepada org kaya saja.
Itu lah org kita niaga nak cepat kaya(operator prkng)niaga psr mlm lg baik. dulu nak dapt tender sumbat RM kat org atas..bila rugi menyusahkan peniaga LTAR.lepas ni kau gunakan org VVIP singkir penjajaLTAR,subahanallah.bertaubatlah...jangan masuk pasir dlm periuk nasikami.. kami tak pernah usik sesiapa.
dbkl kena adil kpd penjaja. Mereka pun nak cari makan jugak!!
Apa je keputusan DBKL kena pertimbang hak penjaja. Klu DBKL tak jaga penjaja kat mana lg penjaja nak mengadu?
nak jaga operator pakir penjaja jd mangsa, bazae ramadan nak bagi kat Jackel pun penjaja jd mangsa. Mengapa DBKL lebih jg org kaya dari org susah?
kalu PMTAR awal dari parking mengapa PMTAR jd mangsa? DBKL pun ada double standard jg ka?
Catat Ulasan