suasana begini adalah biasa pada setiap malam minggu di Pasar Malam TAR... sudah tentu menjadi perhatian dan idaman banyak pihak yang mengintai untung....!!
Kedudukan Pasar Malam TAR adalah paling strategik di ibu kota...berniaga lah apa saja ..insyaallah lumayan...!!
ini adalah suasana di tapak ambo... insyaallah rezeki murah berniaga di PMTAR..!
Ada sahabat kata jangan seronok sangat dengan "KIV" terhadap nasib 7 peniaga pasar Malam TAR. KIV tu singkatan dari perkatan omputin 'Keep In View' atau dalam bahasa pasar malam kita sebut 'tangguh' dalam kata lain tangguh itu bukan maksud nya batal. Lantaran itu berapa lama KIV itu akan terus menjadi teka teki.... sehingga pihak DBKL mengeluarkan satu notis yang jelas terhadap nasib 7 peniaga itu.
Khabar angin yang bertiup ke telingan ambo menyebut..mungkin dalam tempuh 2-3 minggu lagi , DBKL akan keluarkan notis pemindahan kepada 7 peniaga tersebut... dan lebih gerun ambo dengar konon nya jika 7 peniaga itu ingkar kemungkinan lesen sementara mereka akan dibatalkan...!!
Khabar juga ambo dengar.. pasar Malam Swasta itu sudah pun mendapat kelulusan dari pihak berkaitan di DBKL..jadi pusing kiri atau pusing kanan pun ..pasar malam itu akan tetap wujud...!! dan bila ia akan terus wujud maka akan ada pihak yang perlu mengalah....!! siapa lagi yg perlu mengalah kalau bukan pihak PMTAR asal ...tak gitu??
Maka jelas lah... setiap kali ada pihak yang ingin mencari keuntungan ..maka pihak PMTAR akan perlu berkorban....!! Dari jalan besar turun ke Lorong.... sampai di lorong pun nasib belum tentu terbela....!!!
Apa pun... sekali lagi ambo berharap agar pihak berkuasa DBKL akan memikirkan sama nasib peniaga Pasar Malam TAR dalam setiap keputusan yang mereka buat. Jangan lah ditekan kami semata-mata kerana kami ini bukan org berpelajaran tinggi..!!!
Situasi begini membuatkan kami selalu tertanya-tanya..apakah nasib kami selepas ini?? atau apakah kami akan terus ditekan hingga PMTAR hilang dari peta Jalan TAR???
Semuga kita semua dilingungiNYA...!!!
Semuga PMTAR terus
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
32 ulasan:
Satu yang kena ambil perhatian,tiada siapa yang akan bantu kita kecuali diri kita sendiri. Simpati saya kepada peniaga PMTAR.
beri keadilan pd penjaja asal!!!
dbkl boleh buat apo hok dia suko. Puok dio ado kuasa dia boleh putus apo pun hok mereka rasa perlu. Penjaja PMTAR pun keno cari kontek besar jugok lah, berjago2 apa saja boleh berlaku skrg.
yg byk untung operator,ualt-ualt, org atasan.yg paling malang penjaja swasta dan semua penjaja LTAR.operator dak kuitp duit,ulat dah cari penjaja bangang.org atas dah terima habuan.penjaja swasta kena bayar tapak, penjaja LTAR naik turun pejabat..buang masa.Jom kita tgk esok drama siri 2..
Perhatian kpd org yg ALLAH pilih menjadi bijak dan berkuasa!!!!kamu dikurniakan kelebihan dan amanah untuk membantu org yg lemah dan jangan mengambil kesempatan serta meniaya mereka. lihatlah apa yg berlaku sekarang....
JPPPK dbkl keje mereka jaga penjaja or jaga korporat? gapa biar org korporat kaut untung dari penjaja macam tu. Tak bermoral langsung.
Halo suara keadilan! kami diJPPPPK kerja ikut arahan boss no 1 klu di suruh kita ikut sbb mkan gaji.semenjak tukar boss baru banyak hal mata sepet byk dah dpt lesen org kita minta payah nak dapt,skrg ni boss cuti 1 minggu ..lu pikir sendiri
Semuga semua persoalan akan selesai dengan aman dan tak de pihak yg rugi.
kpd suara keadilan and jerpipok jgn tuduh dbkl klu x de bukti. kau ni anjing pembangkang ka masuk PMTAR nak buat kacau. Kami tak makan fitnah pembangkang lah oi.
sabar pro-benar,tadi psr mlm swasta mcm belanda dpt tanah,esok org lain akan tutup rezeki dia ,menyusahkan kami,buat lesen psr mlm mcm bidan terjun.angkara siapa..buka mata sikit sebelum buat tuduhan.biarkan saja mereka tulis dlm blog ni,itu hak mereka siapa makan cili...jgn cepat nak melatah bro...kelebihan anjing dpt HIDU..
sokong teman seperjuangan...pro-benar kena ambil iktibar..jgn nak cepat melatah.ruang ini percuma bgi org yg berfikiran keratif bukan menganjingkan org..klu tak sangup dikritik buka TV.Blogger ni ruang luahan rasa semua.klu nak ikut terpulang lah..PMTAR telah menuju kematangan bukan kebinatangan...
otai dan tanpa nama, jgn dok selindung gan kebenaran mudah. sape pun leh kata mereka benar. Org gila pun sll kata mereka benar.
dbkl x buat keputusan tanpa sbb. tp biasa org mmg nak sll untung je. klu sikit je tak untung tudun cam2. aku nak tanya selama ni dbkl tak nah tlong penjaja PMTAR ka? jangan jd belanda dpt tanah lah woi!
pro_benar lu ni baru keluar hutan ke? lu citer ni lu tau isu atau lu main bedal? kita kat sini kena tekan dan selalu kena mengalah krn dbkl guna kuasa ikut kuasa mereka.
tenguk nasib penjaja pasar malam tar tu asyik kena tekan je sll kena beralah. org lain rugi pun mereka kena bekorban gak. tu adil ke?
aku x belah mana pun. tp aku x rela teguk ahli PMTAR kena kuda dek pembangkang. mereka komplen sanasini cuna nak cari kepentingan diri. Mmg le blog ni utk kta bersuara tp kena suara benda betul le bukan utk cari kesempatan
yalah pro-benar isu skrg PMTAR ditindas oleh mubilplus(psr mlm swasta)dan DBKL jgn kaitkan dgn pembangkan.jgn kaitkan hal-hal lain.rasanya takda kepentingan diri.mereka pun tak minta duit biarkan mereka berjuang ikut landasan selama ini persatuan tak pernah berjuang gazetkan PMTAR.cuma bising d PWTC 2009(konvensyen penjaja)poda cit...
bantahan - tak yah lah kau ni berlindung dari kebenaran kau tu. bukan aku x tau 2-3 kerat ahli parti pembangkang. budaya politik pembangkang gak yang nak di bawa dlm pasar malam. isu Mubiplas tu persatuan leh handle laa. tp ada 2-3 kerat dok cucuk jarum ambil kesempatan
Apa salah nye rezeki makan sama2. Kan lebih elok bertambah lagi tapak dan makin ramai pembeli boleh datang. Renung2 kan....
kalau orang indonesia ada tapak sampai 6 7 tapak di J.TAR naper tak di soal kan?...Kalau owner pasar malam swasta ada kabel besar kayu balak dipersoalkan...kenapa?...aku tahu sebabnya...mata dah rabun dengan duit...tapak sebelah orang acheh pun depa wat tak tahu jerr...cokit dah jd little acheh jalan tar dah 80% coming real soon to be serambi acheh kot..
SAMBUNGAN - mereka semua tak tahu ke....timbalan persatuan perjaja J.TAR tuh...org indonesia....kabare pak.....warazzzz..hehehe..
betol pendapat diatas. nak dibising2 peniaga asing yg dpt untung. org sini nak meniaga dibantah habis habisan. lawak la blog ni....
Ini bukan masalah siapa boleh berniaga atau sape untung sape rugi. Isu nya nape dok lulus tiba2 tak lih nak bincang elok2 ka? apa mereka ingat peniaga asal ni patung ka? apa mereka ingat peniaga asal ni tempat org kaya nak cover rugi ka?
Orang asing bertapak dijalan TAR takde bincang-bincang pun...terus "rambo" jer tapak tuh lepas tu dengan bangga aku dah 20 tahun kat Jalan Tar..Kenapa kalau orang Alor Star ke orang Kg Baru ke nak buka pasar malam swasta kene bincang2 dulu?..padahal ini NegaraKu..Tanah Tumpahnya Darah ku.Perniaga yang terlibat patutnya bersyukur lesen mereka tidak ditarik...malah mereka di beri peluang untuk berniaga di dalam tapak Pasar Swasta.
Tanpa nama- nak buat apa keputusan yg libatkan org lain mesti kena berundinglah.nak buat 10 pasar malam swasta pun x de sape nak halang tp biar kena gan cara. Ni tiba2 muncul hingga ramai yg terkejut. tapak parking tu dah bape kali dok buka tutup, buka tutup tak de sape bising pun. bulan ramadan sebulan buka ada peniaga asal marah? tak de marah sbb dah runding.
nak runding pun susah ka?
betul mmg tiada siapa nak halang pun kalau buat 10 pasar malam swasta. Info terbaru yang saya dengar sabtu ni pasar malam tu kiv lg. Itu berita baik untuk 7 perniaga yang terlibat tu. Tapi sampai bila KIV nya??...Kesian pada perniaga-perniaga swasta itu terpaksa beralah dengan perniaga2 "kerajaan"...hehehehe
saya percaya jalan masuk ke pasar malam swasta itu akan dibuka juga...
kawe sokong kato ore minyok. pasar swasta tu KIV cumo nok bagi peniaga PMTAR sejuk hati kejap jah. Bilo semo sejok jale ke pasar malam swasta tu bukok jugok. kewe gerenti.
zaman lo ni, hok swasta lebih berkuasa dari hok kjaan . pakat tenguklah nanti.
Peniaga front-line(terlibat) pintu masuk ke pasar malam swasta seharusnya bersatu suara 150% hingga titisan darah terakhir , jangan ada yg terlibat go-tan belakang disebabkan pujuk rayu dari wakil korporat itu nanti .... . Peniaga terlibat 20 tahun merupakan penjaja yang kaya -raya ada : rumah banglo , kereta mewah dan rumah sewa berderet-deret ...wow.!!!!! ini mungkin apa yg diperkatakan oleh "orang kelantan". Ketentuan dari MAHA KUASA ALLAH ! , semua umat perlu terima dgn hati terbuka .
Peniaga front-line(terlibat) pintu masuk ke pasar malam swasta seharusnya bersatu suara 150% hingga titisan darah terakhir , jangan ada yg terlibat go-tan belakang disebabkan pujuk rayu dari wakil korporat itu nanti .... . Peniaga terlibat 20 tahun merupakan penjaja yang kaya -raya ada : rumah banglo , kereta mewah dan rumah sewa berderet-deret ...wow.!!!!! ini mungkin apa yg diperkatakan oleh "orang kelantan". Ketentuan dari MAHA KUASA ALLAH ! , semua umat perlu terima dgn hati terbuka .
betul ke ade banglow ngan rumah teres yang banyak kalau berniaga di jalan TAR??....sy nak amik la tapak swasta kalau mcm tuh...
Pasar mlm swasta dibuka kembali..syukur alhamdulillah amin ya allah..terbela nasib 200 peniaga(termasuk ambo) yg dah lama nak meniaga d jln TAR(lubuk rezeki)yg benorny kecik je masalah tu..antara 7 peniaga terlibat tu..ade dlm hati perasaan irihati..tk mahu lihat sesama melayu islam maju..lesen pmtar dah lama dibekukn..wujudny pasar mlm swasta ni memberi peluang kpd meka yg berminat utk meniaga..2 3org dari 7 peniaga yg terlibat utk laluan pmtar swata(klu dpt imbuhan besar compom tk bangkangkn?dan dlm 7 tuan petak ni salah seorag dua org adalh ahli pembangkang(PAS seumur hidup)..bila tersepit cr kerajaan(UMNO)minta tlg selesai(BELA NASIB)tp tk menyokong kerajaan..bulat2 nk salahkn DBKL..yg selama ni DBKL bg peluang meniaga tk reti berterimakasih!!! jauh sekali bersyukur?marilah kt sama2 bersihkn hati minta allah tambahkn rezeki bersama..amin.
Den raso elok bonar Pasar mlm Swasta ni di buko..dapek jugo peluang org mcm den dn kawan2yg lain nak meniago..Ekau ingat puak ambo jo nak mentedarah sorang.Sodar la sikit ekau pun merantau..kek tompek sendiri tk buleh nak meniago asyik tengok bulan jo..datang tompek org nak buek mcm bapak ekau punyo dbkl..tau nak menyalahkan org jo jgn pentingkan porut sendiri yg konyang...lu pikir la..kito ni samo2 umat islam..cubo la jgn ado perassan dongki tu tobal sangat...
Den raso elok bonar Pasar mlm Swasta ni di buko..dapek jugo peluang org mcm den dn kawan2yg lain nak meniago..Ekau ingat puak ambo jo nak mentedarah sorang.Sodar la sikit ekau pun merantau..kek tompek sendiri tk buleh nak meniago asyik tengok bulan jo..datang tompek org nak buek mcm bapak ekau punyo dbkl..tau nak menyalahkan org jo jgn pentingkan porut sendiri yg konyang...lu pikir la..kito ni samo2 umat islam..cubo la jgn ado perassan dongki tu tobal sangat...
Catat Ulasan