kerana masih mengalami masalah ternikal maka ambo tak boleh nak uploadkan gambar2 baru suasana di Pasar Malam Swasta di Lorong TAR.... gambar ini adalah ihsan Sebenualaris ..!!
Dua gambar diatas dari Sebenualaris - suasana pada sebelah siang di tapak Pasar Malam Swasta di Lorong TAR. Ternyata lenggang nya...!! - gambar2 lain insyaallah akan menyusul..!!
keadaan yang agak padat pada minggu ini..tetapi ini tidak berlaku di pasar malam Swasta . Kebanyakan pengunjung cuma bergerak di sepanjang Lorong TAR dan jarang melencong ke tapak swasta ..walau pun terletak bersebelahan..!!
Cik adik kita ni tunjuk 'peace' tak baik kecoh2.... semua kena damai...!!!
suasana padat berterusan di tapak ambo...hingga kebanyakan saiz dan warna kehabisan stok...tq..!!!
Apa sudah jadi?? Kami kena kelentong ke?? itu adalah antara keluhan dari beberapa peniaga pasar Malam TAR Swasta yang mula beroperasi mulai sabtu lepas...!!!
Ambo sendiri dapat rasai kegelisahan penjaja-panjaja swasta itu bila bilangan pengunjung yang datang ke tapak mereka amat kurang.
Ramai yang cuma terus melangkah disepanjang Lorong TAR dan amat jarang yang masuk ke petak pasar malam swasta itu...mungkin kerana hanya terdapat 2 ruang kecil untuk laluan dmasuk ke tempat tersebut.
Ada yang dah mula berniaga sejak pukul 10 pagi... dan jangan terkejut kerana ada kalangan peniaga pasar malam swasta itu yang terpaksa pulang dengan tangan kosong. Tak pecah telur pun.
Ambo ada borak2 dengan penjaja kat situ..dan ternyata mereka terasa ditipu bila pihak penganjur kononnya memberi jaminan bahawa penjaja asal pasar Malam TAR akan memberi jalan masuk ke tapak mereka. Hakikat nya penjaja asal telah membuka tapak niaga mereka seperti biasa menyebabkan jalan masuk ke pasar malam swasta telah tertutup. Dan ini telah memberi kesan yang bukan sikit kepada pasar malam swasta.
Khabar nya pada pukul 4.30 petang, berlaku sedikit kekecohan bila ada kalangan penjaja yang tidak berpuas hati telah cuba meminta kembali wang pendahuluan yang telah dibayar kepada pihak penganjur.
Lebih kalut lagi...bila ada yang beritahu ambo..konon nya ada pula pihak yang mendakwa mereka itu dari DBKL yang meminta supaya pasar malam swasta itu ditutup mulai minggu depan.
"saya rasa macam kena tipu bang, saya dah bayar RM 800.00 untuk deposit 2 tapak ni.. cam mana mereka boleh kata macam tu.." kata seorg penjaja muda sambil menunjukan kepada ambo konon nya surat kelulusan berniaga dari DBKL!!!
Apa yang ambo boleh kata..!!! ambo cuma minta dia bersabar saja... ambo tanya tentang peniagaan dia pada hari pertama tu.. dia jawab " alhamdullilah ada juga yang beli...tetapi lepas jalan masuk tertutup bila pejaja pasar malam buka perniagaan mereka...kat dalam ini dah jarang orang masuk bang...!!" sambil dia tunjukkan beberapa hanger pakaian kosong di rak belakang.
Sambil mengemas barang dagangan nya walau pun jam baru menunjukan pukul 8.00 malam... dia terus mengeluh kerana tidak menyangka keadaan seperti itu terjadi..!!!
Apa yang ambo diberitahu..pihak urus setia yang menganjurkan pasar malam swasta itu sudah tidak kelihatan semenjak senja.. dan tinggallah penjaja tanpa panduan...!! Ambo simpati kepada penjaja muda itu... dia ada minat dan usaha untuk beniaga..tetapi perkara2 seperti ini mampu mematahkan semangat mereka.
Dalam tinjauan ambo... ramai peniaga Pasar Malam Tar juga mengeluh....terutama yang ruang niaga mereka akan dialihkan untuk dijadikan jalan masuk ke tapak swasta...!!! Meraka persoalkan.....apa peranan persatuan bagi menjaga kebajikan mereka?? Apa guna ada persatuan jika kebajikan ahli tidak dijaga???
Ambo ada juga berborak dengana mereka!! Ternyata mereka tidak setuju tepak mereka menjadi mangsa dan akan pertahankan hak mereka.....!!
" saya tak akan berganjak dari tapak saya.... saya dah lama berniaga kat sini...kenapa senang2 nak alih kan?? DBKL pun tak hantar apa2 notis..apasal saya nak kena pindah..?"
Isu ini menjadi semakin rumit....hari isnin nanti..pihak yang terlibat akan sekali lagi ke DBKL bagi membincangkan isu ini... !! Cuma ambo tak pasti...apakah ada wakil persatuan ke perjumpaan itu nanti..!
Ambo sebenar nya hairan juga... macam mana DBKL boleh memberikan kelulusan tapak pasar malam swasta tersebut jika isu2 asas seperti itu pun belum selesai?? Apakah pihak DBKL membuat keputusan tanpa menimbang kesan dan akibat dari keputusan itu?? Dan jelas..sudah ramai penjaja melayu yang tidak puas hati dan rasa tertipu.
Sebenarnya ramai yang dok suarakan kepada ambo... Mengapa isu sebesar ini tidak dibangkit oleh pihak pengurusan persatuan semasa mesyuarat agung 2 minggu lepas?? Apakah pihak persatuan pun tidak tahu apa2 tentang kewujudan pasar malam swasta itu??? Dan banyak lagi spekulasi2 yang diwar2 konon nya sbb musabab persatuan diam membisu dalam isu ini....!! yang ambo rasa tak perlu ambo tulis diruangan ini...!!
Ambo cuma harap... apa pun keputusan yang DBKL buat selepas ini...akan mengambil kira semua implikasi kepada penjaja....!!!
Sudah tentu DBKL juga memegang akujanji 1Malaysia... Rakyat didahulukan...Percapaian diUtamakan....!! Sebagai sebuah badan yang efisyen..maka buktikankan lah slogan keramat itu...!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 ulasan:
first day pun dah kecoh? apa barang ni? dbkl ken tenguk, persatuan pun kena ada peranan lee.
mana gi persatuan? makan elaun buta atau mulut dah penuh kena suap?
apa cer meeting kat dbkl hari ni. tunggu update.
pelik pemangku Jabatan penjaja En ibrahim di bayar gaji untuk menyelesaikan masalah penjaja bukan operator parking....ada saham ke.dulu kita parking lori RM 5.00 tapi bila operator baru ni cas RM 10.00 padan lah rugi..kalau rugi kenapa sanggup bayar RM 30.000.00 sebulan pd DBKL.sampai kawan lama(ROFAVISTA)kau cantas.lepas tu nak cantas pulak [penjaja LTAR gunakan DBKL.
pemangku pengarah penjaja dobokl brrrahim perlu letak jawatan buka bisnes parking kereta lagi banyak dapat duit(jutawan).jimmy sebagai ulat.marone ketua projek,hamfie budak ofis boy,dell cuci mangkok.,,,,
setuju gan Otai, En Ibrahim tugasnya bantu Penjaja habis apasal dia cbuk2 dok pikir masalah operator parking?Pelik lah.
dbkl tak de perancangan ke bila luluskan pasar malam tu? buat dulu baru fikir?
klu kecoh tentu ada perkara yg tak betul. kalu semua betul tentu tak kecoh. kena tenguk kot2 ada kalikong disebalik kelulusan tapak pasar malam baru.
berita terkini...perjuangan 7 penjaja LTAR akhirnya berjaya..tahniah. psr mlm swasta KIV.penjaja lama LTAR kekal.Inilah berkat doa dan sokongan kami.Doa org yg dianya insyallah makbul..alhamdullah.minta persatuan desak DBKL gazetkan LTAR kawasan penjaja Bumiputra mcm cina town.littel india...amin
Minta maaf en Ambo. saya rasa saudara menulis ni adalah untuk kepentingan sendiri. Kenapa org kita ni bila ada peluang utk org lain menambah rezeki kalau boleh nak dihancurkan hidup2. Macamana bangsa kita nak maju..... Org lain tu pun meniaga juga. Bukan duduk goyang kaki tunggu duit. Apa salahnya sepotong kek dimakan bersama. Rezekikan kan dari ALLAH. Mereka pun kena berusaha juga. Kalau mereka yg meniaga dipasar malam swasta ni dari golongan jutawan ok la... jugak. Macamana org kita nak maju kalau asyik didengki sahaja........
Tanpa nama - ambo rasa demo salah anggap pada ambo... isu kat sini bukan soal penting diri atau siapa boleh berniaga atau tidak. soal di sini adalah ketelusan.. soal nya kat sini adalah perbincangan.
ambo nak tanya apa perasaan saudara/ri kalau tiba2 tempat berniaga anda wujud 200 tapak. Apa pula perasaan anda bila 7 petak rakan2 anda terpaksa dialih tanpa notis untuk bagi keuntungan pd org lain?
mengapa tiada perbincangan?? mengapa guna alasan operator parking rugi utk mewajarkan kewujudan 200 petak itu??
ambo yakin jika berpincangan awal dibuat isu ini tidak akan timbul.. lagi pun pasar malam kat ruang parking bukan cabaran bagi yang berada di Lorong..itu hakikat nya terutama pd bulan ramadan..
hehe..dan bagi ambo...kewujudan pasar swasta itu tak gugat ambo pun..tapak ambo jauh ke tengah...dan ambo berniaga barangan yang pihak ambo sendiri yg keluarkan....tak de persaiangan pun!!
kalau ada masa jemput ke petak ambo...leh kita borak panjang...!!
en Ambo. Kalau kita ni berniaga ikhlas apa yg kita nak takot en ambo. Rezeki masing2. Kalau yg 7 tapak dialihkan. En Ambo kata untuk bagi keuntungan pada org lain. En Ambo ko yang memberi rezeki pada manusia selama ni? sila jawab.
saya rasa yg 7 tapak ni mungkin takde masaalah.. tapi di cucuk org dan ditakotkan. Jadi serba salahla mereka ini akibat en Ambo dan org2 en Ambo.
Kalau tempat saya wujud 1000 tapak pon takpa. Kerana rezeki dtgnya dari ALLAH.
hehe..tanpa nama- sebab itu bila kita nak berforum atau berhujah biar kita tahu isu. Jangan main pulun tanpa toleh kiri kanan.
Baca dulu apa yang ambo tulis tu betul2... jangan buat kesimpulan benda yang kita tak paham.
Nak lulus berapa tapak pun ambo tak kisah..seperti yang ambo katakan..ambo tak de kena mengena pun. tetapi kalau kata 7 tuan tapak tu tak kisah sebab tapak mereka kena alih... ambo harap sesiapa pun boleh tanya mereka sendiri. hehe jangan main tuduh kalau tak de fakta!!!
Tang kata ambo beri rezeki?? apa benda ni?? rezeki allah tentukan.. tetapi ada peraturan manusia yang laksana kan... kalau main buat benda tanpa aturan..susah le...!!!
hehe sbb tu baca dulu sebelum ulas..jangan kelak diketawakan org...
hehe ada masa mai jumpa ambo leh kita cerita panjang... !!
Catat Ulasan