Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Isnin, 31 Ogos 2009

SALAM HARI KEMERDEKAAN KE 52 DI BAZAR RAMADAN JALAN TAR!!

Hari ini masuk hari ke 10 Ramadan bersamaan dengan ulang tahun ke 52 negara kita merdeka... ramai yang mengambil peluang cuti berganda ini untuk mengunjungi bazar Ramadan!
hehe...ni kawan ambo...tokey besar seluar jeans..sebut apa jenis seluar yang nak...semua ada..!! dalam beg sandang yang dia bawa tu..penuh dengan duit..almaklum tokey katakan!!!
Seluar yang bermutu dan cantik...harga boleh runding...yang penting pilih dulu..!!!
Anak muda nya menjual kuih raya ini seorng yang penuh denga idealis... seronok bila mendengar dia mengulas isu politik dan ekonomi...hehe idola anak muda ini adalah Tun Mahathir!!! Yang pasti kuih raya jualan nya mmg menarik dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan!
Antara yang sentiasa menarik perhatian ambo adalah kain pelikat..apalagi bila harga nya serendah RM10 sehelai...!!!
Baju melayu bersamping...paling banyak dijual di Jalan TAR..ada berbagai harga mengikut mutu!! Ambo kira Bazar Ramadan Jalan TAR adalah pusat baju melayu yang sebenar!!
hehe ambo tertarik dengan tag pada baju melayu itu!! sape2 yang sayang pada suami elok beli lee sepasang!!!
kalau dah beli baju kena beli songkok..baru segak di pagi raya!!!
Di bazar Ramadan Jalan TAR anda boleh mendapat pakaian dari butik-butik yang terkenal...!!

jangan keliru..!! awas..jangan cuba kenyit2 mata pada 'gadis manis' tu...hehe kerana ia cuma sebuah patung ....kalau sekali tenguk mmg boleh tergoda...!!!!
Tudung cotton dijual serendah RM5 sahaja.....tudung pure cotton macam ni mmg sedap dipakai dan senang dibentuk!!!
antara hiasan yang menjadi kegeramaran kaum wanita.cantik kalau dipadankan dengan baju kebaya atau baju kurung.....khas dibawa terus dari negeri dibawah bayu!!!
ada yang sanggup iklan untuk mendapat kan 'awek' pasa baju mereka!!!!kalau anda tiba2 kehabisan kredit semasa mengguna kan hp....jangan risau kat bazar ramadan Jalan TAR semua ada..!!

kasut yang paling laris di Kuala Lumpur sekarang....dan di bazar ramadan Jalan TAR pun menjadi antara yang paling diminati!!
kurma segar kian menjadi kegemaran untuk berbuka puasa...di bazar ramadan Jalan TAR semua ada!!!
penutup tisu....zaman ambo kanak2 dulu setiap hari raya mesti kena beli bekas tisu ini...!! harga nya cuma RM10
hehe kak!!! beli air ke tengah2 hari ni...oo..nak bagi kat adik ek??...yela kesian kat adik2..haus agak nya...panas terik hari ini!!
trend sekarang...tudung ala 'ariani' dijual serendah RM10 dan ada juga sehingga RM5 sahaja bergantung kepada mutu....berbanding harga tudung Ariani yang asli sehingga mencecah ratusan ringgit!!!

musim-musim H1N1 ini memang digalakan bila berada di tempat ramai seperti bazar Ramadan Jalan TAR untuk pakai penutup mulut...harga nya serendah RM1 untuk 2 keping!!!


Salam Merdeka!! hari ini genap 52 tahun negara tercinta ini mencapai kemerdekaan. Dalam negara tercinta ini kita mampu mengutip rezeki yang dilimpah kan Allah...terlalu lalu mewah negara ini kepada yang mahu berusaha!!!


Bulan Ramadan adalah bulan keberkatan yang Allah limpah kan rahmat dan rezeki nya kepada kita semua...bersyukurlah kita dengan kesenangan dan kedamaian yang kita kecepi!!

Hari ini ini memang meriah dari minggu lepas...pengunjung dari seluruh negara tertumpu ke bazar jalan TAR saban tahun untuk mendapat kan keperluan hari raya.... dan seperti tahun-tahun lalu juga .... Harga parking sekitar Jalan TAR akan naik mendadak...yang biasa RM2 di Medan Tuanku dah naik jadi RM5 .....malah kebanyakan ruang parking telah menaikan kadar sekali masuk nya sehingga ke RM10!!! Ambo kira DBKL patut ambil perhatian isu ini.


Parking yang paling murah ambo rasa di sekitar Jalan TAR adalah parking di Bangunan City-One yang bersebalahan dengan Semua House sekitar RM3 sekali masuk!! dan juga di Complex Cambell sekitar RM3.50 sekali masuk.


Apa pun ambo yakin semakin dekat menjelang shawal semakin meriah bazar Ramadan Jalan TAR... dan ambo yakin tahun ini rezeki peniaga-peniaga akan lebih baik dari tahun lepas!!


Insyaallah...dan Selamat Hari Merdeka ke 52....sama-sama lah kita menjaga keamanan negara kita !!!! Kepada pembaca blog dan pelanggan ambo...sekali lagi ambo ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan semuga puasa tahun ini lebih memberi makna kepada kita semua!!!

Jangan lupa kunjungi lah tapak ambo di no 416 pada setiap hari sabtu!!!

Ahad, 23 Ogos 2009

CORAT-CORET AWAL RAMADHAN DI PASAR MALAM DAN BAZAR RAMADHAN JALAN TAR!!

Persatuan Peniaga dan Penjaja Pasar malam mengucap kan selamat berpuasa dan mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke Pasar Malam dan Bazar Ramadhan Jalan TAR!!

Awal Ramadhan..suasana selalu nya agak lenggang...!! kerana permulaan ramadhan hari ini jatuh pada hari sabtu..maka peniaga pasar malam lah yang mula berniaga pada hari pertama..keesokan baru peniaga bazar Ramadhan akan ambilalih tapak berkenaan!!
"Buka bang payung tu..matahari dah meninggi ni..!!!" Peniaga pasar malam TAR sedang membuka payung untuk mula berniaga!! waktu lebih kurang pukul 10.00 pagi!!


Bazar Ramadhan sepanjang Jalan Bonus masih kosong...peniaga mula masuk selepas tengah hari!Hujan turun menjelang waktu tengah hari pada pemulaan ramadhan...ini mungkin penanda rezeki akan melimpah pada tahun ini??

Suasana kembali meriah selepas hujan ... tetapi seperti biasa..suasana memang selalu suram sewaktu awal Ramadhan..insyaallah keadaan akan berubah menjelang minggu ke dua..!!
Penggunjung begitu tertarik dengan gelang kristal..satu untuk RM10 dan 2 untuk RM15...!!!
sebuah kereta telah ditunda oleh trak DBKL..kalau jadi begini jangan salah kan orang lain..tetapi salah kan diri sendiri...parking lah tempat sepatut nya bang!!! jangan susah kan orang lain semata2 untuk kesenagan diri sendiri!!



Adik yang sangat comel....hehe ni ada tokey tudung....!! cute kan..??? kalau sape nak tudung setaraf tudung Ariani tetapi pada harga yang lebih murah...mai lee ke kedai adik cute ni kat Lorong TAR!!!!
















Suasana yang masih belum benar-benar meriah..semua ini akan berubah menjelang hari gaji pada minggu hadapan!!!...yang rambut kerinting berbaju pink tu anak Ambo...Amylin bersama mama nya ....ronda-ronda bazar ramadhan Jalan TAR!!
ketupat palas ..sudah ada dijual walau pun baru hari ke 2 puasa!! hehe benar2 menggoda selera !!
Huruf condongkasut berjenama untuk kanak-kanak...cantik!!!....sepasang kasut adidas cuma lingkungan harga RM35 - RM55 sahaja...!!
pati minyak wangi...harum nya seperti one-drpos!!! harga nya cuma RM10 untuk sebotol!! pakai minyak wangi ni sunnah...elok dipakai semasa kemasjid terutama pada hari raya nanti!!


Salam Ramadhan...semuga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua...!! Syukur ke hadrat Allah kerana masuk hari ini sudah 3 hari berturut-turut tiada kematian bagi bawak H1N1.. di harap ini akan menjadi penanda baik wabak bekenaan akan dapat disekat penularan nya!!

Hari ini..ambo bersama anak dan isteri ronda-ronda di bazar Ramadhan Jalan TAR..!! hehe almaklum..walau pun orang rumah ambo dah ada kerjaya sendiri..tetapi darah berniaga masih kuat mengalir dalam diri nya...hehe tu yang terpaksa korbankan masa rehat hari minggu ini kerana teman kan dia ambil stok baru..!!! Bulan puasa memang menjanji kan rahmat untuk kita semua!! kepada yang ada sikit kerajinan insyallah...akan ada keuntungan yang melimpah di bulan mulia ini!!!


Ada yang tanya..ambo tak berniaga kee bulan puasa ni??Ambo berniaga macam biasa juga...cuma berniaga pada hari sabtu sahaja...yang berbeza sikit kerana pada bulan puasa peniaga pasar malam boleh mula berniaga dari awal pagi sehingga ke pukul 2-3 pagi ke esokan...ini kerana pada awal pagi ahad..tapak pasar malam akan diambil alih oleh peniaga bazar ramadhan pula!!

Kepada pelanggan ambo..jangan lupa datang ke tapak no.416 pada setiap hari sabtu sepanjang Ramadhan ini kerana stok baru sudah sampai!!!!!!

Salam Ramadhan!!!

Jumaat, 21 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA PELANGGAN!!




Salam Sejahtera!! Dalam kesempatan ini ambo ingin mengucap kan selamat berpuasa kepada semua pelanggan, rakan-rakan dan seluruh pembaca blog ambo yang tak seberapa ini!!

Semuga ramadhan kali ini, akan memberi keinsafan yang mendalam kepada kita semua!!

Jangan lupa, kunjungi lah bazar Ramadhan dan pasar malam Jalan TAR sepanjang bulan mulia ini untuk mendapatkan keperluan di bulan mulia ini!!

Innsyaallah dengan sokongan sahabat semua..blog ini akan terus bertahan!!!

Salam Ramadhan!!!

Ambo!

Ahad, 16 Ogos 2009

WABAK H1N1 - SYUKUR!! BELUM ADA KESAN MENDADAK DI PASAR MALAM JALAN TAR!! - catatan 15/08/09


Suasana di hadapan tapak 416, masih sesak dengan pengunjung yang bertali arus walau pun wabak H1N1 makin menular..syukur Alhamdulliah..kerana Allah masih melimpah kan rezeki kepada Peniaga Pasar Malam Jalan TAR!
Pelanggan masih ramai di tapak ambo, tetapi memang amat ketara pada minggu ini lebih ramai yang pakai topeng..sampai ambo pun kadang-kadang tak boleh nak pasti dengan jelas pelanggan mana yang bercakap dengan ambo sebab semua nya tutup mulut ..!!


Ini ada lah pelanggan paling sporting...riuh rendah tapak ambo dengan gelagak mereka!!tq..minggu depan jangan lupa datang lagi....jangan buka sangat mulut masa senyum tu dik...kang masuk lalat!!!!
Adik kita ni sedang cuba baju...kalau nak cuba sarung jee terus dik!!!! biasa nya pelanggan akan cuma baju dengan memasuk kan tangan jee..kalau padan kat situ..maka padan lee baju tu...tu petua kebanyakan dari pelanggan yang datang ke tapak ambo!!! betul tak betul..boleh leee cuba bila beli baju nanti!!
Baju yang berada di 'stand' ini..kita offer dengan harga RM10 jee sehelai...nak habis kan stok dik..minggu depan stok baru nak sampai sempena bulan puasa dan musim raya!!

hehe siapa pulak ni?? ambo tenguk macam alien pun ado....!! maaf cik alien..kat sini ada baju utk orang pompuan jeee!!.... tu sebenar nya 'bf' salah seorang pengujung kat tempat ambo!!!
belek lee dik mana yang suka...beli lee 1-2 helai...kalau pakai raya nanti orang tak kata baju beli kat pasar malam...kena pula yang pakai tu cun melecun macam ni....yang RM10 pun orang kata harga RM100...!!

ni lah ambo raso penggunjung tapak ambo yang paling bergaya..tenguk saja gaya mereka..macam ninja!! kalau dengar suara semua merdu2..kalah suara CT....!! tiga orang ni kalau bercakap ambo tak tahu yang mana satu dok bertanya...semua mulut tertutup...yang baju hijau tanya ambo jawab kepada tudung hitam tu...!! susah bercakap gan orng tutup mulut ni..hehe!!!
suasana semasa hujan..syukur lah sebab hujan nya tak lama...kalau lama ...parah leee jugak!!
pilih dik...mana-mana berkenan ambil jee....adik ni...sorang-sorang jee...topeng pun tak pakai...ambo raso dia memang berani...hehe mana-mana pakwe yang rasa nak cuba-cuba kena ada banyak ilmu di dada lee....!!!
hai....apa yang dok tilek sampai begitu sekali?? nasib baik mulut tu tutup gan topeng kalau tak...mahu dimakan nya baju tu..!!!
ambo tak tahu leee bila masa ambo panggil doktor datang kat tapak....bila ambo tenguk betul-betul macam rupa doktor ayam pun ada..!!!! doc...!!!.kalau mau cari ayam..pergi chowkit lee!! sini pasar malam mana ada ayam!!!! ayam goreng ada lee..!!!


Wabak H1N1 makin terasa kesana nya, di mana-mana sudah ramai yang bertopeng untuk mengelak kan kesan nya... dan sana sini sudah ramai yang bercakap-cakap untuk mengelak berada di kawasan tumpuan ramai!! Jika ini terjadi maka peniaga pasar malam macam ambo ini akan menerima kesan yang paling teruk!!


Ketika artikel ini diupkan..3 lagi kematian dicatat, menjadikan jumlah korban H1N1 kepada 59 orang sementara jangkitan baru sebanyak 209 orang! Jika melihat kepada angka-angka tersebut ternyata wabak ini semakin serius dan memerlukan tindakan dari semua pihak agar penularan nya dapat dibendung!!!


WHO pula mengganggarkan 5 juta dari penduduk Malaysia yang berjumlah 20 juta berpotensi dijangkiti H1N1 seandainya orang ramai tidak serius mengabil langkah berjaga-jaga. Ini bermakna 20 peratus rakyat Melaysia berkemungkinan besar akan menjadi mangsa kepada penyakit yang membahaya itu!! Harus diingat Malaysia menduduki tempat ke 9 jumlah kematian teramai H1N1 !!!


Walau pun begitu, ambo masih bersyukur kepada Allah kerana perniagaan ambo tidak begitu teruk terjejas..mungkin jualan ambo turun 10-15% tetapi ambo kita itu perkara biasa waktu tengah-tengah bulan begini. Yang pasti tapak pasar malam ambo masih menjadi tumpuan.


Untuk pengatahuan pelanggan ambo...mungkin dalam bulan puasa yang bermula hari sabtu nanti...tapak ambo akan pasarkan baju-baju dari stok baru. Dan ambo yakin kemunculan koleksi baru itu nanti akan juga mendapat sambutan hangat seperti mana hangat nya sambutan kepada baju-baju yang dijual sekarang!!!


Kepada pelanggan dan kawan-kawan ambo..di sini ambol nak ucapkan selamat berpuasa...dan jangan lupa, untuk mencari baju raya..jemput lah ke tapak ambo..mungkin anda akan temui apa yang ada cari disini!!!!

Harga berpatutan, cantik dan bermutu..itulah komitmen kita di tapak no. 416, Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul rahman!!

Selamat berpuasa!!