Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Jumaat, 28 Februari 2014

BRIM - MASIH ADA YANG TIDAK PUAS HATI..!!

Nampak nya isu BRIM terus berlegar.. ada yg bersyukur dan ada pula yang tak puas hati .. konon nya kerajaan janji lain dan bagi lain...

ada pula yg patut dapat RM650 tetapi cuma dapat RM450.00 sahaja.. dan 1001 macam lagi isu yg dibangkitkan.. 

Aduan Duit BR1M 3.0 2014 : Antara Aduan Yang Berita Semasa Terima

  1. Ada penerima yang hanya mendapat RM450 sahaja, sedangkan pendapatan isi rumah mereka tidak lebih RM3,000 sebulan. Ada yang mengalami situasi seperti ini?
  2. Ada yang melihat sendiri, kalangan yang tidak layak berdasakan pendapatan bulanannya (diluar kumpulan penerima) tetapi tanpa segan silu menikmati ganjaran BR1M. Erm….
  3. Ada penerima yang amat yakin memperolehi BR1M berdasarkan pendapatan bulanan @ pendapatan isi rumah mereka setiap bulan tetapi sehingga ke hari ini tiada khabar berita yang menggembirakan untuk mereka walaupun setiap hari membuat semakan di ATM ataupun melalui pembankan Internet
  4. Tiada disediakan kemudahan semakan keputusan BR1M onlineyang menyebabkan kalangan pemohon terus tertunggu-tunggu keputusan BR1M 3.0 2014 samada mereka layak atau tidak
  5. Malahan kemudahan hotline yang disediakan kurang efektif, maklum balas melalui email. Masakan boleh kemudahan seperti ini mampu menampung persoalan daripada lebih 6 juta pemohon BR1M 3.0 2014?
  6. Ramai yang menemplak kerajaan Malaysia telah menipu rakyat Malaysia dengan berjanji untuk memberikan sehingga RM1200 bagi BR1M 3.0 2014 seperti yang mereka lihat dalam manifesto BN sebelum ini, sebaliknya hanya RM650 diterima mereka.

  7. Dan Berita Semasa perhatikan ada tidak mahu BR1M ini diteruskan & nilai BR1M dinaikkan dengan cara mengurangkan subsidi rakyat Malaysia dikurangkan, dan rata-rata mahukan subsidi rakyat Malaysia melibatkan dikembalikan & kawalan harga barang di Malaysia di kawal. 
  8. Apa pula aduan dengan pelaksanaan BR1M 3.0 2014 kali ini?
  9. Dan, apa pula respon balas kalangan anda yang telah menerima BR1M 2014 ini? Syukur, Terima Kasih @ Tidak Puas Hati? Ada cadangan?

Bagi ambo  syukur lah kepada yg dapat... kerajaan mungkin bayar mengikut kemampuan yg mereka ada.. perbelanjaan lebih RM4 bilion  .. tp manusia begitu lah.. tidak mungkin kerajaan dapat memuaskan hati semua orang ..apa lagi dalam isu duit ..

Ambo tak kisah..janji yang dapat BRIM tu datang berbelanja di Pasar Malam Tar...

Khamis, 27 Februari 2014

Pelancong Asing dan Naik Taraf Pasar Malam Tar..!!





Memang agak ketara jumlah pelancong asing di Pasar Malam Tar kini... mereka bukan sahaja datang untuk melihat budaya hidup rakyat Malaysia.. mereka juga datang menjamu selera dan membeli belah..

Di tapak ambo sendiri salalu  di singgahi mereka.. ambo bangga juga krn barang dagangan ambo menjadi buah tangan ke seluruh dunia..

Untuk tahun lepas kedatangan palancong meningkat seramai 8.1% ramai tu... dan mereka berbelanja sebanyak RM65.44 bilion dari jumlah itu 30.2% utk membeli belah... jika 0.1% saja pun jatuh di pasar Malam Tar.. ambo rasa itu sudah cukup lumayan.

Pasar Malam Tar memang telah masuk dalam kalendar pelancongan.. sbb tu ambo harap pihak Kementerian dapat naikkan taraf agar Pasar Malam Tar akan menjadi wajah sebenar kepada Pasar Malam di seluruh negara.
Banyak perkara yang boleh dibaiki terutama dalam segi susun atur agar tapak2 penjaja dilihat lebih tersusun dan cantik..

Sebagai tempat singgahan pelancong ..Pasar Malam Tar sepatut nya mempunyai semua kemudahan asas yg bertaraf 4 bintang sekurang2 nya.. sungguh malang kerana sepanjang 500 tapak .. tidak ada pun disediakan bilik air utk kemudahan.. yg ada cuma di kompelks beli belah berdekatan dan tandas awam bersebelahan panggung Odeon yg jarak nya  agak jauh..

Semuga kehadiran pengurusan baru DBKL nanti..turut juga memberi wajah baru kepada Pasar Malam tertua di Malaysia ini.





Perjanjian Langat 2 Legakan Penjaja...!!




Ambo bertepuk tangan lega bila kerajaan Selangor telah setuju untuk laksanakan projek Langat 2 . Semuga selepas ini isu kekurangan air tidak akan menjadi isu seperti sekaramg.

Untuk peniaga Makanan termasuklah kat pasar malam ni.. air merupakan keperluan asas.. jika air tidak ada cam manak berniaga? penjual air akan kehilangan pendapatan.. peniaga makanan begitu juga. 

Ambo harap.. perjanjian ini akan kekal sampai bila2... isu air adalah isu kehidupan ..bukan nya isu politik. Amat malang jika ada pihak yg menjadikan isu air sebagai mangsa permainan politik.

Kerana yg akan menjadi mangsa adalah rakyat.. dan yg paling merasa kesan nya adalah peniaga makanan dan minuman ..!!! Meraka akan hilang punca rezeki juga hilang keselesaa hidup.

Rabu, 26 Februari 2014

BRIM Beri Menafaat Juga Kepada Peniaga Pasar Malam TAR..!!







Ambo juga tumpang seronok bila rakyat Malaysia terima BRIM.. maklum sikit sebanyak tempias nya akan terkena kpd peniaga kecil macam ambo juga.

Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang  dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia.. jika  0.01 persen sahaja yg turun ke Pasar Malam Tar itu pun sudah menjadi bonus yg besar kepada kami..!!

Sebagai rakyat marhaen .. ambo panjat kan syukur walau pun ambo tak layak dapat bantuan itu..tetapi bila ramai yg turun berbelanja ..menafaat nya dapat juga kepada ambo...

terima kasih pengunjung Pasar Malam Tar.. dan terima kasih juga kepada kerajaan yg memberi BRIM..!!

Blog Pasar Malam TAR akan kembali aktif..!!










Assalamulaikum dan salam sejahtera. rasa nya lama betul ambo tidak update blog ini.. kenkangan tugasan membuat ambo teralpa kepada blog ini...
Sebagai permulaan ambo upkan semula gambar2 yg pernah tersiar dalam blog ini.. semua ini akan mengembalikan semula kenangan..

Kepada pelangan yg tak henti2 menyokong blog dan perniagaan ambo.. ambo ucapkan terima kasih semua anda semua beroleh kerahmatan dari Allah....

Jumaat, 1 Mac 2013

KENYATAAN BENGONG DARI TIAN CHUAN DALAM ISU PERTEMPURAN DI LAHAD DATU!!

Paling bodoh manusia bila melihat apa sahaja isu sebagai agenda. Ambo tak tahu kat mana pemimpin cina PKR bernama Tian Chua yang cuba kaitkan pertempuran antara pihak penceroboh dengan pasukan VAT 69 sebagai satu konspirasi UMNO.

Kenyataan bodoh Tian Chua boleh kita nilai....Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.

Ambo tidak boleh bayang ada pemimpin sanggup bercakap seperti itu. Apakah dia ada bukti utk menyokong dakwaan itu? atau apa kah dia cuma bercakap sebab dia cuma mahu bercakap tanpa guna akal?

Ambo harap isu2 macam tak payah lah dipolitik kan.. tolonglah jaga perasaan keluarga yg terkorban itu. Apakah bengong sangat pemimpin PKR yg sekor ni??

MANUSIA PALING BODOH YANG ANGGAP NYAWA SEBAGAI SENDIWARA.

Apakah manusia macam Tian Chua itu sudah habis modal politik hingga isu seperti ini pun dia permainkan seolah2 yg terbunuh itu nyawa mereka tidak ada nilai? apakah terlalu tolol Tian Chua hingga tidak hiraukan perasaan keluraga anggota komando Polis yg terkorban itu. kau sangat bengong Tian Chua..!!!

Isnin, 18 Februari 2013

HIMPUNAN ANAK KELANTAN - GAMBARAN SOKONGAN ANAK2 KELANTAN??

"Demo tak turun Bukit Jalil ke Ahad ni?" ... itu adalah pertanyaan yang selalu kita dengan bila bercakap sesama anak Kelantan dalam seminggu yang lepas!!!

Semalam dianggar 15 ribu anak Kelantan di perantauan terutama yang tinggal di Lembah Kelang telah memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil. Mereka hadir bersama teman2 dan keluarga. Amat meriah melihat himpunan anak2 Kelantan yang ambo rasa terbesar pernah di adakan.

Berbagai acara diatur  untuk memeriahkan lagi himpunan tersebut..termasuklan persembahan dikir barat dan artis jemputan...yang paling menarik tentu lah persembahan dari Jay Jay dan Nash...!!! Lama betul tak tenguk mereka berdua membuat persembahan secara live..!!!

Hadirin juga dijamu dengan hidangan nasi gulai kawah..hehe terasa betul2 macam dok kat Kelate!!

Dan yang paling menarik tentulah kehadiran Perdana Menteri , DS Najib yang turut merasmikan perhimpunan tersebut..!!!

Dalam ucapan nya,, sudah tentulah DS Najib memuji org Kelantan yang dianggap bijak dan rajin berusaha... !!!

Sebagai orang Kelantan ..ambo bangga juga dengan pujian itu..dan sebagai anak Kelantan juga ambo anggap pujian dari DS Najib itu sebagai cabaran untuk anak Kelantan terus berusaha agar terus maju jaya...!!!



DS Najib diberi sambutan hangat oleh anak2 Kelantan.

Bersemangat mendengar ucapan dari PM.
Persembahan dikir barat yang menarik walau pun simple....

Hampir setiap ruang di Stadium Putra di penuhi.
banner  mengalu2kan kahadiran anak2 Kelantan.


Isnin, 14 Januari 2013

ALLAH TUTUP ARAH KIBLAT PENDEMO KL112 ??

Perhimpunan menyusahkan rakyat KL112@Perhimpunan Shamsidar telah berlalu .... !! Ramai orang bertanya kesan nya... Bagi ambo dan peniaga kecil macam ambo..kesan nya cuma satu.. Mereka sekat periuk rezeki kami.. Mereka rosak kan perniagaan kami..!!

Tahukah peserta2 perhimpunan bahawa mereka dimaki dan disumpah seranah? Tahukah mereka betapa peniaga Jalan TAR menyampah memandang mereka yg bongkak berjalan di sekitar tempat mereka berniaga?

Malah ada yang mendoakan peserta2 itu juga akan merasa kesusahan dan kerugian seperti yang peniaga alami... Rupa2 nya kat stadium sudah ditunjukan betapa peserta2 himpunan itu dihina sedemikian rupa sehingga arah kiblat pun mereka tidak nampak!!

Satu kelompok ke kiri..satu kelompok ke kanan... Satu kelompok lagi ke Utara.. Satu kelompok ke Selatan...!! Apakah itu cara sembahyang mereka? Apakah mereka tidak nampak arah kiblat sebenar? Atau apakah Allah sudah tutup mata2 mereka untuk melihat kebenaran di hadapan dan belakang mereka??

Bagi ambo itulah gambaran secara jelas untuk Allah bagi pengajaran.. Semuga kita mengambil tauladan dari peristiwa itu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 12 Januari 2013

Jualan Pasar Malam TAR Menjunam Kerana Demo...!!

Seperti yang dijangka, tiap kali demo di adakan di Kuala Lumpur peniaga kecil akan menjadi mangsa...!!

Hari ini walau pun boleh membuka perniagaan rata2 peniaga pasar Malam Tar mengeluh panjang kerana jualan merudum... !! Ambo sendiri mengalami nasib yang sama... Jualan kebanyakan turun hingga 70%

Apakah pendemo2 itu tidak pernah fikir masalah peniaga kecil macam kami? Kalau hak kami pun mereka tak reti nak jaga cam mana nak jaga amanah lebih besar?

Tahukah pendemo2 itu semua bahawa peniaga dok sumpah seranah mereka? Semuga mereka akan rasa kesusahan yg kami rasa akibat perbuatan zalim mereka...!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 11 Januari 2013

Ambo Berdoa Semuga Kamu Juga Akan Rasai Kesusahan Seperti Yang Kami Alami !!

Ambo doakan agar satu hari mereka juga menerima susah sebagai mana susah nya peniga kecil macam ambo nak cari rezeki akibat perbuatan mereka..!!

Sudah berkali2 mereka berdemo dan berhimpum.. Dan tiap kali itu juga kami terpaksa tanggung rugi yg bukan sedikit..!!

Apakah mereka tidak punya otak dan perasaan untuk memahami kesusahan orang lain!!!

Apakah tak de cara lain utk mereka luahkan perasaan selain berdemo? Kami tak nak peduli dengan itu semua.. Kami cuma nak cari rezeki... Jadi tolong jangan ganggu kami...!! Jangan cerita untuk menjadi kjaan yag lebih baik kalau soal rezeki peniaga kecik macam kami pun.. Kamu persetankan...!! Ambo sebenarnya dah muak... Dan ambo mula benci2 beruk2 demo jalanan ni...!!
Ambo berdoa... Semuga kamu semua akan menerima kesusahan seperti yang kami alami....!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 7 Disember 2012

DEMONSTRASI HARAM BOLEH RUNTUHKAN EKONOMI NEGARA !!!!

Perkara2 seperti ini membuat peniaga pasar malam  Jalan TAR  selalu  rugi besar.....!!
Suasana lenggang setiap kali demo haram diadakan sekitar Jalan  TAR... tak kesian ke  mereka kepada  kami yang mahu mencari rezeki untuk keluarga?

suasan huruhara seperti ini sudah tentu menjejaskan  rezeki banyak pihak......
Penunjuk2 perasaan bukan nya singgah untuk shopping dan membantu kami .....mereka cuma buat kacau dan berjalan pergi tanpa rasa bersalah...!!!
Mengapa setiap kali demo mesti diadakan di Jalan TAR?? Mengapa tak buat tempat lain? Mengapa  peniaga  kecil Melayu seperti ambo sahaja yang menjado korban??



pemimpin macam ini kah kita nak gantung kan harapan negara kalau kesusahan peniaga kecil macam kami pun dia tak ambil peduli??
kalau setiap org yg demo ni pakat shopping kat Pasar Malam TAR...tak lah kami rugi....ni datang huhahuha lepas tu balik....yg rugi peniaga kecil melayu macam ambo ni jugak..!!


Mak cik....makcik paham ke apa yang makcik buat ni?? makcik tau ke makcik dah susahkan ramai orang.... kan elok dok rumah jaga anak cucu ada juga menafaat nya..!!

 Dalam Dewan Negara semalam , ore kampung ambo...Datuk Awang Adik kato ..ekonomi negara boleh terjejas teruk kalau pihak2 tertentu yang terus menganjurkan demo haram ...!!!

Isu ni ambo setuju sangat... contoh ekonomi negara Thai yang menjunam kerana tunjuk perasaan tak henti2 berlaku kat sana...hingga peniaga2 pun tak boleh berniaga...cam mana nak cari makan kalau lepas baju kuning tunjuk perasaan..baju merah pula tunjuk perasaan...habis baju merah.... baju belang pula !!!

Sebagai peniaga kecil ...rezeki ambo bergantung kepada keamanan dan juga kuasa belanja yang ada pada rakyat ....jika keamanan tak de ...ekonomi akan terjejas...cam mana rakyat nak ada kuasa membeli...!! tetapi yang suka buat demo ni tak pernah fikir itu semua agaknya....!!! otak mereka kadang2 ambo nampak cerdik sikit dari otak lembu saja....!!

Seperti kata Datuk Awang Adik yang negara kita sekarang ni bergantung kepada pertubuhan ekonomi dalam negara... kita tak boleh terlalu bergantung kepada ekonomi global yang dilanda kemelesetan.

Ambo sendiri dapat rasakan kerajaan sudah melakukan berbagai program termasuk merangka transformasi dalam dasar kerajaan dan ekonomi untuk menarik pelabur tempatan dan pelabur luar'

Tetapi sehebat mana pun program yang dirancang...jika masih ramai pihak yang tak de otak terus menerus membuat kacau dengan berdemo haram..... semua akan sia2.....!!! Dan tak mustahil ekonomi Malaysia akan menjadi seperti Thailand... peniaga2 kecil macam ambo akan terus menjadi mangsa..!!!

Ambo haram... jika pihak yang suka buat demo harap itu benar2 sayangkan negara kita... dan tak mahu negara kita hancur....tak mahu rakyat susah..sudah2 lah buat demo haram....!! Banyak cara lain untuk buat bantahan ....tetapi bukan nya cara berkumpul kat tengah2 bandaraya lepas tu buat kacau hingga susah kan org ramai..!!!

 Sebagai rakyat biasa..ambo selalu doakan agar negara kita terus aman dan dijauhkan dari manusia2 perosak...!!

Semuga Allah rahmati Malaysia..!!!