Songkok Aznil Nawawi....sesiapa nak beraya bersama Aznil boleh pakat2 beli songkok ini...!!!dah tak banyak dahhhhh...cuma ada setengah lori jee lagi...!!!

lelong bang...lelong dik....tenguk harga tu ..dah berapa kali potong....jangan potong habis bang!!!nanti kan tinggal tunggul jee..!!!
capal kanak-kanak yang cute.....cantik dipakai pada pagi raya..!
antara barangan yang paling popular sekarang adalah kasut dan selipar 'crocs' sampai bini ambo pun terikut2 beli....!!!!hehe nasib baik dia pakai duit sendiri...!!!
Baju kurung....cuma RM100 untuk 3 helai...mana nak dapat....cuma kat bazar Ramadan Jalan TAR sahaja anda akan dapat harga semurah ini..!!!
Syukur Alhamdulillah, bila hari ini kerajaan mengumumkan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan!! Pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali....separuh sebelum hari raya ..dan separuh lagi pada bulan Disember!!
Walau pun jumlah nya tidak sebegitu banyak tetapi ambo yakin ....sedikit sebanyak akan lebih merancak kan lagi jualan rakan2 ambo di bazar Ramadan Jalan TAR!!!
Kerajaan dijangka akan membelanjakan lebih RM430 juta untuk pemberian bantuan khas bagi meringan kan kakitangan nya menyambut hari raya aidil fitri dan juga penggal persekolahan baru !!!
Ambo rasa , jika 1% sahaja dari jumlah yang kerajaan belanjakan itu masuk kan kantung peniaga-peniaga bazar ramadan Jalan TAR itu sudah tentu memberi impak keuntungan yang besar!! Dan ambo harap kakitangan sokongan yang berjumlah 860,000 itu akan berbelanja 'bonus' yang mereka terima itu untuk membeli persiapan hari raya di bazar ramadan jalan TAR!!
Kepada peniaga-peniaga baju melayu yang khabar nya agar suram urus niaga mereka pada tahun ini...akan dapat tersenyum lebar bila kakitangan awam akan mula berbelanja ditempat mereka!!
Ambo sendiri pun tidak paham..kenapa jualan baju melayu di bazar Ramadan Jalan TAR agak lembab sedang kan sambutan terhadap barangan lain begitu mengalakan!! Ambo kira keadaan ini berlaku mungkin kerana lambakan begitu ramai peniaga baju melayu pada tahun ini. Suasana ini dapat kita lihat diruang parking kereta di Lorong TAR yang telah bertukar menjadi seolah-olah medan Baju Melayu!!
Ambo harap, pada tahun hadapan...peniaga-peniaga bazar Ramadan Jalan TAR akan lebih kreatif untuk memilih barangan jualan mereka agar kejadian seperti yang menimpa peniaga baju melayu tidak akan berulang lagi!!
Apa pun, kepada peniaga-peniaga Bazar Ramadan Jalan TAR..senyum lah lebar-lebar untuk menyambut kehadiran pelanggan yang dijangka makin bertambah terutama selepas kakitangan kerajaan mendapat bonus raya!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan