Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 6 Mac 2014

TAWARAN DISKAUN SAMAN DBKL AKAN BERAKHIR SABTU INI..!!!





Kempen tawaran diskaun kompuan DBKL akan berakhir pada hari sabtu 8 Mac nanti.  Hampir 33,000 saman telah dijelaskan sempena tawaran bayaran purata RM30 untuk setiap notis kompuan yg dikeluarkan.
DBKL telah berjaya mengutip hampir RM700,000 dari kempen itu.

Saman boleh dibayar samada di kaunter bayaran DBKL atau pun di pejabat Pos dengan membawa notis kompuan atau pun no kenderaan. Nama pemilik mungkin akan disenarai hitam jika gagal membuat bayaran dalam masa yg ditetapkan...

ambo rasa kita perlu cepat2 ambil kesempatan ni.... berbanding saman biasa berjumlah antara RM50 - RM300 ... kini cuma RM30 sahaja.. cuma ambo harap DBKL boleh lanjut kan sikit lagi masa agar lebih ramai dapat menjelaskan samaN mereka.




S

Rabu, 5 Mac 2014

Isu Kalimah Allah.. Ada Pihak Lontar Provokasi Melampau




Seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (ngo) yang menyokong kalimah Allah untuk penganut Kristian, Siti Kassim menyifatkan orang Melayu dan umat Islam seperti lembu kerana mematuhi serta percaya kepada ajaran agama yg dibawa oleh alim ulama Islam terutama berkaitan penggunaan kalimah Allah.
Katanya, kalimah Allah bukan utk orang Islam sahaja, ia untuk semua umat dan makhluk yang dicipta Allah.
“Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.
“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.
“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseoeang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata kepada media di perkarangan kompleks Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pagi ini.
Kira kira 500 ahli NGO Islam berhimpun di perkarangan Istana kompleks mahkamah untuk mendengar keputusan berhubung rayuan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katholik.
Siti Kassim yang memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam’ berkata, beliau tidak setuju dengan tindakan NGO islam membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
“Siapa mereka nak menghukum? Semuanya biar Tuhan yang tentukan,” katanya yang kemudian didatangi seorang aktivis islam menegurnya kerana membuat provokasi dalam kelompok penyokong NGO Islam.
Siti Kassim yang enggan berganjak dan mahu berdebat dengan aktivis berkenaan diarahkan seorang anggota polis supaya tidak menghampiri kumpulan NGO Islam bagi menggelak berlaku ketegangan.
Kata Siti Kassim, sesiapa sahaja makhluk berhak ke atas Allah.
Filed in: Liputan Khas

Selasa, 4 Mac 2014

Anggota Polis Maut DiSerang Penjenayah Warga Asing di Klang..!!




Kerjaya sebagai anggota Polis semakin merbahaya... pagi tadi seorg anggota Polis dari unit peronda telah meninggal dunia setelah diserang oleh sekumpulan penjenayah warga asing  di Taman Sentosa Klang.


Rakan setugas pula cedera dan kini telah dirawat hospital.

Dalam kejadian itu Kpl Raja Aizam 53 , yanag cedera di kepala meninggal dlm perjalanan ke Hospital sementara 2 penjenayah juga mati ditembak oleh rakan setugas mangsa .. selepas pistol Raja Aizam yang dirampas oleh penjenayah berjaya dirampas kembali oleh rakan Raja Aizam dan menebak kedua2 suspek...!!


Ambo bangga dengan keberanian kedua2 anggota tersebut.. semuga pengorbanan mereka itu lebih membuat kita hargai tugasan Polis..

Semuga Allahyarham kpl Raja Aizam ditempatkan di kalangan orang2 yg syahid..

MERIAH PASAR MALAM JALAN TAR KERANA BRIM..??

Memang meriah.. itu lah yg ambo dapat gambarkan suasana di Pasar Malam Jalan Tar pada malam minggu lepas.. seperti tidak menang tangan ambo layan pengunjun yang agak lebih ramai dari biasa..

Mungkin ini kerana penangan pemberian BRIM... rakyat ada sikit duit lebih untuk berbelanja..
Walau pun cuaca agak panas tetapi orang ramai tetap bersesak di sepanjang lorong pasar malam Tar. Jika begini sentiasa ... mewah lah peniaga macam kami..

Cuma yg sedikit tidak seronok..kerana dalam situasi cam gitu banyak juga pihak2 yg tak bertanggungjawab ambil kesempatan utk jalan kan kegiatan seluk saku..

Apa pun ambo ucap tahniah kepada AJK Pasar Malam Tar kerana telah mengambil langkah berjaga2 demi keselamatan dan keselesaan pengunjung .

Semuga keadaan ini akan kekal selama mungkin.

Jumaat, 28 Februari 2014

BRIM - MASIH ADA YANG TIDAK PUAS HATI..!!

Nampak nya isu BRIM terus berlegar.. ada yg bersyukur dan ada pula yang tak puas hati .. konon nya kerajaan janji lain dan bagi lain...

ada pula yg patut dapat RM650 tetapi cuma dapat RM450.00 sahaja.. dan 1001 macam lagi isu yg dibangkitkan.. 

Aduan Duit BR1M 3.0 2014 : Antara Aduan Yang Berita Semasa Terima

  1. Ada penerima yang hanya mendapat RM450 sahaja, sedangkan pendapatan isi rumah mereka tidak lebih RM3,000 sebulan. Ada yang mengalami situasi seperti ini?
  2. Ada yang melihat sendiri, kalangan yang tidak layak berdasakan pendapatan bulanannya (diluar kumpulan penerima) tetapi tanpa segan silu menikmati ganjaran BR1M. Erm….
  3. Ada penerima yang amat yakin memperolehi BR1M berdasarkan pendapatan bulanan @ pendapatan isi rumah mereka setiap bulan tetapi sehingga ke hari ini tiada khabar berita yang menggembirakan untuk mereka walaupun setiap hari membuat semakan di ATM ataupun melalui pembankan Internet
  4. Tiada disediakan kemudahan semakan keputusan BR1M onlineyang menyebabkan kalangan pemohon terus tertunggu-tunggu keputusan BR1M 3.0 2014 samada mereka layak atau tidak
  5. Malahan kemudahan hotline yang disediakan kurang efektif, maklum balas melalui email. Masakan boleh kemudahan seperti ini mampu menampung persoalan daripada lebih 6 juta pemohon BR1M 3.0 2014?
  6. Ramai yang menemplak kerajaan Malaysia telah menipu rakyat Malaysia dengan berjanji untuk memberikan sehingga RM1200 bagi BR1M 3.0 2014 seperti yang mereka lihat dalam manifesto BN sebelum ini, sebaliknya hanya RM650 diterima mereka.

  7. Dan Berita Semasa perhatikan ada tidak mahu BR1M ini diteruskan & nilai BR1M dinaikkan dengan cara mengurangkan subsidi rakyat Malaysia dikurangkan, dan rata-rata mahukan subsidi rakyat Malaysia melibatkan dikembalikan & kawalan harga barang di Malaysia di kawal. 
  8. Apa pula aduan dengan pelaksanaan BR1M 3.0 2014 kali ini?
  9. Dan, apa pula respon balas kalangan anda yang telah menerima BR1M 2014 ini? Syukur, Terima Kasih @ Tidak Puas Hati? Ada cadangan?

Bagi ambo  syukur lah kepada yg dapat... kerajaan mungkin bayar mengikut kemampuan yg mereka ada.. perbelanjaan lebih RM4 bilion  .. tp manusia begitu lah.. tidak mungkin kerajaan dapat memuaskan hati semua orang ..apa lagi dalam isu duit ..

Ambo tak kisah..janji yang dapat BRIM tu datang berbelanja di Pasar Malam Tar...

Khamis, 27 Februari 2014

Pelancong Asing dan Naik Taraf Pasar Malam Tar..!!





Memang agak ketara jumlah pelancong asing di Pasar Malam Tar kini... mereka bukan sahaja datang untuk melihat budaya hidup rakyat Malaysia.. mereka juga datang menjamu selera dan membeli belah..

Di tapak ambo sendiri salalu  di singgahi mereka.. ambo bangga juga krn barang dagangan ambo menjadi buah tangan ke seluruh dunia..

Untuk tahun lepas kedatangan palancong meningkat seramai 8.1% ramai tu... dan mereka berbelanja sebanyak RM65.44 bilion dari jumlah itu 30.2% utk membeli belah... jika 0.1% saja pun jatuh di pasar Malam Tar.. ambo rasa itu sudah cukup lumayan.

Pasar Malam Tar memang telah masuk dalam kalendar pelancongan.. sbb tu ambo harap pihak Kementerian dapat naikkan taraf agar Pasar Malam Tar akan menjadi wajah sebenar kepada Pasar Malam di seluruh negara.
Banyak perkara yang boleh dibaiki terutama dalam segi susun atur agar tapak2 penjaja dilihat lebih tersusun dan cantik..

Sebagai tempat singgahan pelancong ..Pasar Malam Tar sepatut nya mempunyai semua kemudahan asas yg bertaraf 4 bintang sekurang2 nya.. sungguh malang kerana sepanjang 500 tapak .. tidak ada pun disediakan bilik air utk kemudahan.. yg ada cuma di kompelks beli belah berdekatan dan tandas awam bersebelahan panggung Odeon yg jarak nya  agak jauh..

Semuga kehadiran pengurusan baru DBKL nanti..turut juga memberi wajah baru kepada Pasar Malam tertua di Malaysia ini.





Perjanjian Langat 2 Legakan Penjaja...!!




Ambo bertepuk tangan lega bila kerajaan Selangor telah setuju untuk laksanakan projek Langat 2 . Semuga selepas ini isu kekurangan air tidak akan menjadi isu seperti sekaramg.

Untuk peniaga Makanan termasuklah kat pasar malam ni.. air merupakan keperluan asas.. jika air tidak ada cam manak berniaga? penjual air akan kehilangan pendapatan.. peniaga makanan begitu juga. 

Ambo harap.. perjanjian ini akan kekal sampai bila2... isu air adalah isu kehidupan ..bukan nya isu politik. Amat malang jika ada pihak yg menjadikan isu air sebagai mangsa permainan politik.

Kerana yg akan menjadi mangsa adalah rakyat.. dan yg paling merasa kesan nya adalah peniaga makanan dan minuman ..!!! Meraka akan hilang punca rezeki juga hilang keselesaa hidup.

Rabu, 26 Februari 2014

BRIM Beri Menafaat Juga Kepada Peniaga Pasar Malam TAR..!!







Ambo juga tumpang seronok bila rakyat Malaysia terima BRIM.. maklum sikit sebanyak tempias nya akan terkena kpd peniaga kecil macam ambo juga.

Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang  dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia.. jika  0.01 persen sahaja yg turun ke Pasar Malam Tar itu pun sudah menjadi bonus yg besar kepada kami..!!

Sebagai rakyat marhaen .. ambo panjat kan syukur walau pun ambo tak layak dapat bantuan itu..tetapi bila ramai yg turun berbelanja ..menafaat nya dapat juga kepada ambo...

terima kasih pengunjung Pasar Malam Tar.. dan terima kasih juga kepada kerajaan yg memberi BRIM..!!

Blog Pasar Malam TAR akan kembali aktif..!!










Assalamulaikum dan salam sejahtera. rasa nya lama betul ambo tidak update blog ini.. kenkangan tugasan membuat ambo teralpa kepada blog ini...
Sebagai permulaan ambo upkan semula gambar2 yg pernah tersiar dalam blog ini.. semua ini akan mengembalikan semula kenangan..

Kepada pelangan yg tak henti2 menyokong blog dan perniagaan ambo.. ambo ucapkan terima kasih semua anda semua beroleh kerahmatan dari Allah....