Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 27 Februari 2014

Pelancong Asing dan Naik Taraf Pasar Malam Tar..!!





Memang agak ketara jumlah pelancong asing di Pasar Malam Tar kini... mereka bukan sahaja datang untuk melihat budaya hidup rakyat Malaysia.. mereka juga datang menjamu selera dan membeli belah..

Di tapak ambo sendiri salalu  di singgahi mereka.. ambo bangga juga krn barang dagangan ambo menjadi buah tangan ke seluruh dunia..

Untuk tahun lepas kedatangan palancong meningkat seramai 8.1% ramai tu... dan mereka berbelanja sebanyak RM65.44 bilion dari jumlah itu 30.2% utk membeli belah... jika 0.1% saja pun jatuh di pasar Malam Tar.. ambo rasa itu sudah cukup lumayan.

Pasar Malam Tar memang telah masuk dalam kalendar pelancongan.. sbb tu ambo harap pihak Kementerian dapat naikkan taraf agar Pasar Malam Tar akan menjadi wajah sebenar kepada Pasar Malam di seluruh negara.
Banyak perkara yang boleh dibaiki terutama dalam segi susun atur agar tapak2 penjaja dilihat lebih tersusun dan cantik..

Sebagai tempat singgahan pelancong ..Pasar Malam Tar sepatut nya mempunyai semua kemudahan asas yg bertaraf 4 bintang sekurang2 nya.. sungguh malang kerana sepanjang 500 tapak .. tidak ada pun disediakan bilik air utk kemudahan.. yg ada cuma di kompelks beli belah berdekatan dan tandas awam bersebelahan panggung Odeon yg jarak nya  agak jauh..

Semuga kehadiran pengurusan baru DBKL nanti..turut juga memberi wajah baru kepada Pasar Malam tertua di Malaysia ini.





1 ulasan:

izwan berkata...

Saya setuju dengan admin.

Naik taraf diperlukan di pasar malam jalan TAR kerana disini adalah salah satu tarikan utama pelancong selain telah pun menjadi LEGEND.

Selain itu, penambahan tapak juga digalakkan bagi membuka peluang kepada usahawan-usahawan pasar malam baru untuk menambah income dalam keadaan ekonomi yang menekan sekarang ini.