Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Selasa, 4 Mac 2014

MERIAH PASAR MALAM JALAN TAR KERANA BRIM..??

Memang meriah.. itu lah yg ambo dapat gambarkan suasana di Pasar Malam Jalan Tar pada malam minggu lepas.. seperti tidak menang tangan ambo layan pengunjun yang agak lebih ramai dari biasa..

Mungkin ini kerana penangan pemberian BRIM... rakyat ada sikit duit lebih untuk berbelanja..
Walau pun cuaca agak panas tetapi orang ramai tetap bersesak di sepanjang lorong pasar malam Tar. Jika begini sentiasa ... mewah lah peniaga macam kami..

Cuma yg sedikit tidak seronok..kerana dalam situasi cam gitu banyak juga pihak2 yg tak bertanggungjawab ambil kesempatan utk jalan kan kegiatan seluk saku..

Apa pun ambo ucap tahniah kepada AJK Pasar Malam Tar kerana telah mengambil langkah berjaga2 demi keselamatan dan keselesaan pengunjung .

Semuga keadaan ini akan kekal selama mungkin.

Tiada ulasan: