Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Rabu, 28 November 2012

GULAI KAWAH DAN MASAKAN ASLI KELANTAN SEDAP DAN MURAH. DI RESTORAN HJ YAAKOB MURNI - JALAN RAJA ALANG!!

Musim Perhimpunan UMNO datang lagi.. Suasana Kuala Lumpur kembali meriah ... Hampir 300 ribu ahli UMNO dari seluruh negara berkumpul di pusat bandaraya.

Sudah tentu, bila ramai yg hadir menu makanan akan menjadi perhatian utama. Masa ini lah perwakilan dan pemerhati UMNOyang hadir sebuk mencari restoran2 enak untuk menjamu selera meski pun ada hidangan disediakan di PWTC.

Bagi yang berasal dari Kelantan.. Sudah tentu mereka mencari restoran selera Kelantan. Ada beberapa tempat yang menjadia tempuan termasuk lah MZ, Hj Hassan dan yang paling ambo suka adalah Restoran Hj Yaakub Murni yang terletak di Jalan Raja Alang...berdepan dengan hotel Regency.

Ambo mula makan kat sini sejak tahun 80an lagi.... Masa tu ambo belajar di sebuah kolej swasta di Jalan Ipoh. Sebelum balik ke rumah ambo di Lucky Garden, Bangsar ambo akan singgah dulu makan kat sini... Makanan nya murah dan sedap... Kalau nak menjamu selera di sini kena datang awal..kerana selepas pukul 2 petang biasanya lauk sudah habis.

Musim PAU seperti sekarang... Biasanya restoran ini akan dipenuhi oleh perwakilan dan pemerhati UMNO dari Kelantan...!!

Yang paling special menu kat sini adalah gulai kawah nya... Sangat sedap... Begitu juga sare ( rumpai laut) dan jeruk maman.

Tetapi yang ambo paling gemar adalah gulai itik nya... Sangat enak....!!

Kalau nak rasa masakan Kelantan asli yang sedap dan harga berpatutan.. Boleh singgah ke restoran ini yang di buka seawal 11 pagi... Dan biasa nya sebelum pukul 2 petang.. Lauk dah licin...!!

Jadi..jom datang awal... Nak ajak ambo sekali pun boleh...!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 27 November 2012

KESIAN APEK...!!

Malaysia kalah..!! isu yang paling hangat.. Tak kira kat mana2 semua bercakap perkara ini, malah pengikut Pas dan UMNO pun boleh dok semeja bila bercerita kekalahan pasukan Malaysia di tangan Singapura .

Masing2 mencari sebab untuk disalahkan... Dan paling kuat menerima tekanan adalah Apek yg dikatakan memberi gol mudah sehingga meranapkan moral pemain ubtuk melawan. Betulkah begitu?

Bagi ambo gol kedua itu mmg kesilapan Apek..yg tak sepatutnya menumbuk bola tersebut hingga memberi ruang pasukan Singapura menghasilkan gol.

Pasukan Malaysia mmg bermain dengan cukup buruk... Semua 3 gol diljaringkan dengan agak mudah...!!

Kawalan pasukan Malaysia amat lemah dan tiada penyudah yg sempurna..itu punca kekalahan...!!

Hehe tetapi mentang2 lah Apek nak kawin dan baru istyiharkan majlis kawin nya ..ramai yg dok kata itu sebab kekalahan...konon nya Apek dah tak fokus kepada bola tetapi lebih fokus kepada nak kawin... Hehe macam lah Apek kemaruk sangat nak berbini...!!

Ambo harap rabu ni Apek boleh buktikan dia tetap boleh fokus utk tangkap bola.... Apa pun sabarlah Apek... Ambo dan ramai lagi tetap yakin Apek mampu bermain lebih baik lepas ini walau pun majlis kawin makin dekat...hehe..!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 21 November 2012

KHAIRUL FAHMI NIKAH 28 DIS 2012

Sah Apek akan kawin 28 Dis nanti..itu disahkan sendiri oleh Apek sekejap tadi semasa ditemuramah secara langsung melalui siaran radio THR Gegar.

Sementara majlis persandingan di sebelah Leuniey akan berlangsung pada 30 Dis 2012 di Hotel Renaissance, Kota Bharu.

Untuk peminat pula Apek menjemput hadir ke majlis persandingan pihak lelaki di rumah Apek sendiri di Kampung Cherang, Kota Bharu pada 5 Jan 2013.

Sementara untuk rakan2 Apek di KL majlis resepsi akan dilangsung kan di Hotel Royale Bintang, Damansara pada 13 Jan 2013.

Sebagai peminat ambo ingin ucapkan selamat Pengantin Baru kepada Apek dan Leuniey semuga kekal ke anak cucu. Dan semuga selepas ni Apek akan mendapat inspirasi lebih baik untuk menjadi penjaga gol yang lebih gemilang.... Hehe suko lah demo Apek boleh bini comel..!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CUMA BANTU GAZA??-TUN M DAN UMAT ISLAM MALAYSIA ABAI PELARIAN ROHINYA?

Beribu kali Tun M buat baik...yang buruk juga dipandang orang???
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 20 November 2012

TUN M LANCAR TABUNG KECEMASAN GAZA - JOM PAKAT JIHAD!!

Pagi tadi ambo bersama rakan2 www.kelabchedet.com turun ke PWTC untuk memberi sokongan kepada pelancaran Tabung Kecemasan untuk Gaza!!

Ketika berucap melancarkan tabung tersebut.. Menyifatkan derma yg disalurkan kepada rakyat Gaza sebagai jihat.

Sebelum itu.. Doa yg dibacakan oleh Datuk Zainal Abidin Sakom telah mengundang air mata... Air mata ambo sendiri bergenang mengenangkan nasib umat islam di Gaza...!!

Ambo harap rakyat Malaysia akan terus menunjukan keperihatinan membantu Gaza... Saemuga dengan membantu Gaza .... Allah lindungi negara kita dari bencana..!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GAZA PERLUKAN BANTUAN KITA... JOM DERMA!!!

Kita melihat Gaza diserang... Kanak2 dibom tanpa belas kasihan... Apa tindakan kita? Luah rasa simpati sahaja? Atau cukupkah sekadar boikot sana..boikot sini???

Yang lebih afdal kita menderma demi survival saudara2 kita di Gaza..!! Jom derma!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 19 November 2012

WAJArKAH BOIKOT MCDONALD MALAYSIA?

Hari ini McD umumkan memberi percuma 200,000 Egg McMuffin kepada pelanggan yang hadir ke premis mereka.

Ambo singgah juga kat McD, Ampang Jaya untuk meninjau situasi..ternyata barisan panjang pelanggan sedang menunggu utk mendapatkan Egg McMuffin mereka. Kalau dilihat secara mata kasar kempen dalam media alternatif agar memboikot tidak begitu berhasil.

Ada yg marah2 bila melihat masih ramai yg ke McD pagi ni... Konon nya mereka itu telah membantu Yahudi!!

Ambo tak tahu nak cakap apa dengan dakwaan tersebut. Bagi ambo tak de salah apa utk dapatkan makanan percuma itu. Apakah dengan ke McD dan ambil makanan percuma itu boleh dikatakan bantu Yahudi??

Pihak McD Malaysia sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka tidak salurkan hasil jualan kpd kempen politik, keganasan atau penindasan.

Terdapat 11,500 yg sebahagian besarnya org islam yg bekerja di Mc D, apakah kita nak kata mereka juga sokong yahudi?

Ambo yakin McD Malaysia bukan sikit salurkan cukai kpd kerajaan utk pembangunan negara disamping menjalankan kerja2 kabajikan lain .

Nabi Muhamad sendiri tidak penah menharamkan jual beli dengan org bukan islam termasuk dari golongan yahudi. Malah Nabi Muhamad juga pernah mencagarkan baju besinya utk membeli makanan dari org Yahudi dgn bayaran bertangguh..

Jadi mengapa kita begitu ghairah memberi hukum utk haramkan semua urusan dengan McD Malaysia yg kita dakwa sokong Yahudi..!!

Jika McD Malaysia terang2 mengeluarkan kenytaan rasmi menyalurkan keuntungan mereka kpd yahudi utk serang Palastine dan menyokong keganasan tersebut... Ambo pun akan boikot...tp tidak ada hitam putih..dan org islam sendiri ramai mencari rezeki kat situ.. Apakah kita mahu jadikan mereka mangsa atas alasan Israel serang Palastine????
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 17 November 2012

KEMBARA JEJAK NEGARAWAN TUN M www.kelabchedet.com MERIAH!!

Bermula di Putra Jaya pada pagi 8 November hingga 11 November di Pulau Langkawi .. Program Jejak Tun M anjuran www.kelabchedet.com amat meriah. Program yg mengumpulkan ahli dan keluarga Kelab che det berjaya memberi info yang lebih mendalam tentang Tun M dan cara hidup nya kepada semua peserta Kembara.

Mereka dibawa melawat ke Geleria Pedana di Jalan Terengganu dan kemudian terus ke rumah kelahiran Tun M di Alor Setar dan seterusnya ke Pulau Langkawi untuk acara kemuncak iaitu Santai Bersama Tun M dan Tun Siti.

Sebelum itu Forum pemikiran Tun M telah dianjurkan oleh www.kelabchedet.com bersama Perkasa Langkawi pada malam 10 November di auditorium LADA yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ternyata Santai bersama Tun M dan Tun Siti amat meriah. Tun M sampai tepat pukul 10 pagi di Geleri Perdana Langkawi dengan memandu sendiri kereta.

Acara Santai berjalan selama 2 jam dimulakan dengan ucapan alauan dari Pengarah Program Kembara di ikutii ucapan dari Pengarah Galeri Perdana Langkawi dan ucapan dan amanat Tun M kepada peserta2 Kembara.

Suasana menjadi lebih santai dan mesra ketika sessi soal jawab... Tun M dan Tun Siti begitu sporting menjawab dan bermesra dengan keluarga ahli kelab.

CEO LADA yang duduk sebelah ambo pun kelihatan begitu teruja dengan program tersebut. "Baguslah program macam ni.." Kata beliau kepada ambo...!! Bangga juga ambo dengan pujian itu.

Acara diakhiri dengan jamuan makan tengah hari bersama Tun M di perkarangan Galeri Perdana . tq pengurusan Galeri krn makanan yang amat enak.

Ambo merasa amat bertuah kerana diberi peluang makan semeja dgn Tun M... Maka sempat lah ambo bertanya beberapa soalan dan dijawab dengan amat bernas oleh Tun M.

Dalam kesempatan ini ambo ingin mengucapkan setinggi penghargaan kpd semua pihak yg menjayakan program tersebut....!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.