Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 20 Januari 2011

Berita sususlan : Siti Aisyah Di Temui Oleh Orang Asli..!





Walaupun masih kecil, seorang budak perempuan berusia setahun 10 bulan menempuh pengalaman menakutkan apabila bukan sahaja hilang 12 jam daripada keluarganya malah terpaksa bermalam sendirian di dalam hutan.

Kejadian berlaku apabila Noor Aisyah Umairah Zamzanuri yang masih belum dapat bertutur dengan betul keluar dari rumah datuknya di Kampung Lintah, Slim Village di sini, tengah hari semalam.

Mujurlah Noor Aisyah Umairah ditemui oleh penduduk Orang Asli di hutan itu semasa mereka hendak keluar menoreh getah di kebun berhampiran.

Ketika ditemui pukul 7.30 pagi ini, anak tunggal pasangan Zamzanuri Salleh, 28, dan pasangannya Norawani Abdul Wahid, 28, dilihat dalam keadaan lemah sambil berdiri dalam lopak berlumpur dengan kesan gigitan nyamuk di seluruh badan.

Kehilangan Noor Aisyah Umairah yang menggemparkan penduduk berhampiran turut diselubungi misteri tentang kemampuan budak itu untuk berjalan sejauh tiga kilometer sehingga ke hutan berkenaan.

Menurut penduduk kampung, berdasarkan lokasi kanak-kanak itu ditemui, ini bermakna Noor Aisyah Umairah telah berjalan meredah ladang kelapa sawit dan kebun getah.

Menceritakan kehilangan itu, Zamzanuri berkata, Noor Aishah Umairah yang dijaga ibu mertuanya bermain di halaman rumah bersama anak angkat keluarga tersebut, Mohd. Shahrizal Abdullah, berusia tiga tahun.

Katanya, kejadian disedari oleh ibu mertuanya yang baru pulang dari sekolah berhampiran untuk menjemput bapa saudara Noor Aisyah Umairah, pukul 12.30 tengah hari.

"Ibu mertua cemas kerana hanya menemui selipar anak saya yang ditinggalkan berhampiran pokok rambai di rumahnya.

"Beliau juga hanya melihat Mohd. Shahrizal berseorangan di tepi parit manakala Aisyah (Noor Aisyah Umairah) tiada bersama.

"Selalunya jika Aisyah keluar bermain, dia tidak pernah pergi jauh. Kalau jauh pun, pasti jiran akan menghantar dia pulang ke rumah," kata ketika ditemui di Hospital Slim River di sini hari ini.

Zamzanuri berkata, ibu mertuanya kemudian segera memaklumkan kepada jiran-jiran sambil mereka mencari Noor Aisyah Umairah di sekitar kawasan rumah, tetapi gagal.

Katanya, keluarganya membuat laporan di Balai Polis Slim Village dan gerakan mencari anaknya dengan disertai kira-kira 30 penduduk kampung dilakukan.

Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Slim River, Penolong Penguasa Meor Mohd Ali Meor Husin ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya melancarkan operasi mencari mangsa yang melibatkan seramai 25 anggota.

Katanya, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan budak itu daripada polis pukul 4 petang.

"Operasi itu dihentikan pada pukul 3 pagi ini setelah gagal menjumpai mangsa dan disambung semula pagi tadi," katanya.

Katanya, mangsa yang akhirnya ditemui dalam kawasan hutan berhampiran telah dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Supritendan Anuar Osman berkata, siasatan awal pihaknya percaya kehilangan budak itu tiada kaitan dengan jenayah. - Utusan

Tiada ulasan: