Ambo sudah beberapa kali terperasan tentang 'bas wanita' yang dok lalui Jalan Tar. Rupa2nya itu adalah perkhidmatan percubaan untuk menwujudkan bas khas untuk wanita di Kuala Lumpur...!!
Ambo memang sokong sangat bila ada bas khas lagu tu... cuma harapan nya jangan lah ada pula jantan gatal yang cuma2 nak naik bas tu.....!!!
Lepas ni, harap nya lebih ramai lee kaum hawa yang akan datang berkunjung ke Pasar Malam TAR ..kerana mereka tidak perlu lagi bersesak2 dgn kaum lelaki... bila bersesak2 ni macam2 perkara boleh berlaku...!!!
Semalam ketika melancarkan perkhidmatan Rapid Bas Wanita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ... Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengucapkan tahniah dan syabas kepada Prasarana dan RapidKL kerana membantu kerajaan mewujudkan persekitaran mesra untuk wanita.
‘‘Ini adalah usaha penambahbaikan bagi isu keselamatan untuk wanita dan paling utama memberi ruang kepada golongan wanita untuk merasa selesa ketika berada di dalam bas terutama semasa waktu puncak.
‘‘Selama ini, wanita terpaksa berhimpit-himpit dengan golongan bapa di dalam bas dan itu boleh menyebabkan wanita berasa kurang selesa dan tidak selamat,’’ katanyaAmbo sokong 100% hok Mek Menteri tu sebut... dam ambo jugok cadangkan agar bas wanita ini akan ditambah perkhitmatan nya ke seluruh KL..!!
Ambo difahamkan buat permulaan ini cuma 7 laluan sahaja yang ada perkhidmatan ini dan dihad masa antara 6.30 pagi hingga 7.45 pagi serta 4.30 petang hingga 6 petang. Walaupun perkhidmatan bas itu khusus untuk wanita, kanak-kanak lelaki di bawah umur 12 tahun dibenarkan menaikinya dengan ditemani oleh saudara perempuan
Ambo kira untuk permulaan ..itu udah mencukupi... dan pihak penguruan Bas juga dijangka akan menambah 8 lagi laluan jika perkhidmatan ini mendapat sambutan!!!
Nampak nya...KL telah mendahului Kelantan dalam menyediaa kan bas untuk wanita.... syabas!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan