Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 20 Januari 2011

Berita sususlan : Siti Aisyah Di Temui Oleh Orang Asli..!





Walaupun masih kecil, seorang budak perempuan berusia setahun 10 bulan menempuh pengalaman menakutkan apabila bukan sahaja hilang 12 jam daripada keluarganya malah terpaksa bermalam sendirian di dalam hutan.

Kejadian berlaku apabila Noor Aisyah Umairah Zamzanuri yang masih belum dapat bertutur dengan betul keluar dari rumah datuknya di Kampung Lintah, Slim Village di sini, tengah hari semalam.

Mujurlah Noor Aisyah Umairah ditemui oleh penduduk Orang Asli di hutan itu semasa mereka hendak keluar menoreh getah di kebun berhampiran.

Ketika ditemui pukul 7.30 pagi ini, anak tunggal pasangan Zamzanuri Salleh, 28, dan pasangannya Norawani Abdul Wahid, 28, dilihat dalam keadaan lemah sambil berdiri dalam lopak berlumpur dengan kesan gigitan nyamuk di seluruh badan.

Kehilangan Noor Aisyah Umairah yang menggemparkan penduduk berhampiran turut diselubungi misteri tentang kemampuan budak itu untuk berjalan sejauh tiga kilometer sehingga ke hutan berkenaan.

Menurut penduduk kampung, berdasarkan lokasi kanak-kanak itu ditemui, ini bermakna Noor Aisyah Umairah telah berjalan meredah ladang kelapa sawit dan kebun getah.

Menceritakan kehilangan itu, Zamzanuri berkata, Noor Aishah Umairah yang dijaga ibu mertuanya bermain di halaman rumah bersama anak angkat keluarga tersebut, Mohd. Shahrizal Abdullah, berusia tiga tahun.

Katanya, kejadian disedari oleh ibu mertuanya yang baru pulang dari sekolah berhampiran untuk menjemput bapa saudara Noor Aisyah Umairah, pukul 12.30 tengah hari.

"Ibu mertua cemas kerana hanya menemui selipar anak saya yang ditinggalkan berhampiran pokok rambai di rumahnya.

"Beliau juga hanya melihat Mohd. Shahrizal berseorangan di tepi parit manakala Aisyah (Noor Aisyah Umairah) tiada bersama.

"Selalunya jika Aisyah keluar bermain, dia tidak pernah pergi jauh. Kalau jauh pun, pasti jiran akan menghantar dia pulang ke rumah," kata ketika ditemui di Hospital Slim River di sini hari ini.

Zamzanuri berkata, ibu mertuanya kemudian segera memaklumkan kepada jiran-jiran sambil mereka mencari Noor Aisyah Umairah di sekitar kawasan rumah, tetapi gagal.

Katanya, keluarganya membuat laporan di Balai Polis Slim Village dan gerakan mencari anaknya dengan disertai kira-kira 30 penduduk kampung dilakukan.

Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Slim River, Penolong Penguasa Meor Mohd Ali Meor Husin ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya melancarkan operasi mencari mangsa yang melibatkan seramai 25 anggota.

Katanya, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan budak itu daripada polis pukul 4 petang.

"Operasi itu dihentikan pada pukul 3 pagi ini setelah gagal menjumpai mangsa dan disambung semula pagi tadi," katanya.

Katanya, mangsa yang akhirnya ditemui dalam kawasan hutan berhampiran telah dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Supritendan Anuar Osman berkata, siasatan awal pihaknya percaya kehilangan budak itu tiada kaitan dengan jenayah. - Utusan

Rabu, 19 Januari 2011

Pasar Pagi - MPSJ Kekal Sewa Lama...!!!


Ambo seronok mendengar bila MPSJ akan kekalkan kadar sewa lama sekurang2 sehingga selepas membuat perbincangan dengan wakil penjaja pasar pagi ....!!


Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memutuskan untuk mengekalkan kadar sewa tapak pasar pagi di kawasan pentadbirannya sebanyak RM360 setahun sehingga perbincangan lanjut diadakan.

Yang Dipertuanya, Datuk Adnan Md. Ikhsan menjelaskan, harga lama itu sebenarnya harga subsidi daripada pihak MPSJ dan sudah tiba masanya subsidi itu digunakan untuk tujuan lain.

Menurutnya, beliau sudah menerangkan mengenai perkara itu kepada wakil penjaja dan akan mencari jalan penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak secepat mungkin.

"Pada masa ini, kami sudah menetapkan bahawa harga sewa tapak pasar pagi tersebut akan dikekalkan dengan harga lama sehinggalah perbincangan yang akan datang.

"Kami dan juga wakil penjaja telah bersetuju untuk mengumpul maklumat yang perlu untuk menyelesaikan masalah tersebut dan perbincangan seterusnya akan dibuat selepas Tahun Baru Cina," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan tujuh persatuan penjaja di daerah itu di ibu pejabat MPSJ di sini hari ini.

Turut hadir, Penasihat Persatuan Penjaja Daerah Puchong, Dr. Kow Cheong Wei.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan rasa kecewa sekumpulan penjaja kecil di Pasar Pagi Taman Puchong Indah apabila MPSJ menaikkan sewa tapak daripada RM360 sepetak setahun kepada RM1,490 bermula 5 Januari lalu.

Tindakan MPSJ yang menaikkan sewa sebanyak empat kali ganda itu disifatkan sebagai terlalu kejam dan tidak berhati perut kerana rata-rata peniaga di situ berpendapatan rendah.

Sementara itu, Adnan berkata, MPSJ merupakan satu-satunya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu yang masih mengenakan kadar sewa sebanyak RM1 sehari.

"PBT lain di negeri ini mengenakan kadar sewa RM4 dan ia adalah kadar yang sama di seluruh negeri Selangor.

"Pada masa yang sama, setiap tahun MPSJ membelanjakan hampir RM600,00 untuk membersihkan sampah di pasar pagi sahaja," ujarnya. - Utusan

Cuma ambo harap pada perbincangan nanti,akan mencapai keputusan 'menang-menang'. PBT tak wajar menaikan sewa sebegitu drastik dan penjaja juga harus ingat... tidak selamanya pihak berkenaan mampu memberi kan sewa subsidi seperti sekarang.

Terkini... Siti Aisyah Telah diJumpai...!!!


Tiada saat yang paling indah bagi ibubapa selain saat menimang cahaya mata... dan tiada saat yang paling duka bila anak yang kita tatang tiba2 hilang sekelip mata...!!!

Noor Aisyah Umairah, 2 tahun (gambar atas) telah hilang sejak tengahari semalam di Kampung Lintah, Slim Village. Usaha mencari masih diteruskan di sekitar kampung dengan bantuan bomba, polis dan anjing pengesan. Jika ada maklumat, sila hubungi 054528335 (Balai Polis Slim Village).

Ambo harap sesiapa yang terlihat atau terjumpa kanak2 tersebut ..sila hubungi pihak berkuasa .

Ambo harap perhatikan anak2 kita walau pun di mana kita berada... di Pasar Malam TAR kejadian seperti ini juga sering berlaku....!!!

Berita terkini...!! Noor Aisyah telah dijumpai..!!!

Kanak-kanak perempuan hilang semalam ditemui selamat

19/01/2011 11:33am

SLIM RIVER 19 Jan. – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dilaporkan hilang tengah hari semalam dari rumahnya di Kampung Lintah, Slim Village, di sini ditemui semula dalam keadaan selamat hari ini.

Nor Aishah Umairah Zamzuri yang dilaporkan hilang pada pukul 12.30 tengah hari ditemui pada pukul 9.18 pagi ini oleh orang awam dan anggota Jabatan Bomba dan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Slim River, Penolong Penguasa Meor Mohd Ali Meor Husin yang mengetuai operasi tersebut berkata, kanak-kanak itu ditemui di kawasan kebun kelapa sawit kira kira 3km dari rumahnya.

Kanak-kanak itu cuma mengalami gigitan nyamuk dan telah dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan, katanya ketika dihubungi.

Meor Mohd Ali berkata, pihaknya melancarkan operasi yang melibatkan 25 anggota selepas menerima laporan kehilangan kanak-kanak itu daripada polis kira-kira pukul 4 petang semalam. – Bernama

Selasa, 18 Januari 2011

BAS KHAS UNTUK WANITA DI LANCAR......!!


Ambo sudah beberapa kali terperasan tentang 'bas wanita' yang dok lalui Jalan Tar. Rupa2nya itu adalah perkhidmatan percubaan untuk menwujudkan bas khas untuk wanita di Kuala Lumpur...!!

Ambo memang sokong sangat bila ada bas khas lagu tu... cuma harapan nya jangan lah ada pula jantan gatal yang cuma2 nak naik bas tu.....!!!

Lepas ni, harap nya lebih ramai lee kaum hawa yang akan datang berkunjung ke Pasar Malam TAR ..kerana mereka tidak perlu lagi bersesak2 dgn kaum lelaki... bila bersesak2 ni macam2 perkara boleh berlaku...!!!

Semalam ketika melancarkan perkhidmatan Rapid Bas Wanita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ... Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengucapkan tahniah dan syabas kepada Prasarana dan RapidKL kerana membantu kerajaan mewujudkan persekitaran mesra untuk wanita.

‘‘Ini adalah usaha penambahbaikan bagi isu keselamatan untuk wanita dan paling utama memberi ruang kepada golongan wanita untuk merasa selesa ketika berada di dalam bas terutama semasa waktu puncak.

‘‘Selama ini, wanita terpaksa berhimpit-himpit dengan golongan bapa di dalam bas dan itu boleh menyebabkan wanita berasa kurang selesa dan tidak selamat,’’ katanya

Ambo sokong 100% hok Mek Menteri tu sebut... dam ambo jugok cadangkan agar bas wanita ini akan ditambah perkhitmatan nya ke seluruh KL..!!

Ambo difahamkan buat permulaan ini cuma 7 laluan sahaja yang ada perkhidmatan ini dan dihad masa antara 6.30 pagi hingga 7.45 pagi serta 4.30 petang hingga 6 petang. Walaupun perkhidmatan bas itu khusus untuk wanita, kanak-kanak lelaki di bawah umur 12 tahun dibenarkan menaikinya dengan ditemani oleh saudara perempuan

Ambo kira untuk permulaan ..itu udah mencukupi... dan pihak penguruan Bas juga dijangka akan menambah 8 lagi laluan jika perkhidmatan ini mendapat sambutan!!!

Nampak nya...KL telah mendahului Kelantan dalam menyediaa kan bas untuk wanita.... syabas!!!

Isnin, 17 Januari 2011

PENJAJA PASAR PAGI KECEWA-MPSJ NAIKKAN SEWA TAPAK 4 KALI GANDA!!


"Kami lebih rela bayar saman sebanyak RM50 sebulan daripada bayar sewa tapak yang naik empat kali ganda."

Demikian luahan hati sekumpulan penjaja kecil di Pasar Pagi Taman Puchong Indah di sini apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menaikkan sewa tapak daripada RM360 sepetak bagi tempoh setahun kepada RM1,490 bermula 5 Januari lalu.

Menurut seorang peniaga bunga, A. Perumal (gambar kecil), 71, tindakan MPSJ itu terlalu kejam dan tidak berhati perut kerana rata-rata pendapatan peniaga di situ tidak begitu besar.

"Modal saya berniaga sehari cuma RM50 dan keuntungan yang saya dapat sekitar RM25 sehari. Kadangkala saya dapat RM7 sahaja sehari, cuba bagi tahu saya bagaimana saya boleh bayar RM1,490. MPSJ memang kejam," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Pasar tersebut yang telah wujud sejak tahun 1998 turut menempatkan seramai 150 orang penjaja dan mereka diberikan tapak seluas tujuh meter persegi untuk setiap petak.-

Itu adalah antara berita pada keratan akhbar Kosmo! pada hari ini.... sebagai peniaga pasar m alam , ambo merasa tersentuh dengan nasib rakan-rakan peniaga di MPSJ.

Bayangkan lah lesen dinaikan sampai 4 kali ganda. Ambo akui mmg ada di kalangan 150 penjaja yang terlibat itu mampu bayar tetapi jangan lupa... ada juga penjaja yang cuma mendapat keuntungan dalam RM20 sehari... bayangkan lah jika dengan keuntungan yg sedikit itu pun merekan terpaksa pula untuk menyimpan bagi membayar sewa sehingga RM 1,490.00 setahun.

Ambo harap .. kjaan negeri Selangor ambil perhatian sikit tentang isu tersebut... jangan matikan semangat peniaga kecil dengan menekan mereka sedemekian rupa!!

Tindakan MPSJ itu cuma akan mengalak kan untuk wujud nya lebih ramai peniaga yang tidak membayar lesen...!!! Malah mereka lebih rela membayar saman dari terpaksa membayar sewa sedemikian tinggi!!

Melihat kepada situasi berkenaan.. ambo rasa amat bersyukur kerana DBKL selalu menjaga kebajikan penjaja..malah mulai tahun lepas..lesen untuk penjaja telah diturunkan 50%.


Ahad, 16 Januari 2011

TAWARAN KERJA PART-TIME DI PASAR MALAM TAR!!

pembantu ambo akan biasa dengan kesebokan begini....!!
antara baju yang mendapat sambutan hangat...!!


Salam buat pengunjung blog Pasar Malam TAR, rasa nya lama benar ambo tak masuk kan entri .. almaklum ..kengkangan tugasan membuatkan ambo terpaksa tangguhkan isu2 dalam blog ini!!!

Untuk entri ini ambo sebenar nya sedang mencari seorang pembantu di tapak ambo di Pasar Malam Tar pada setiap hari sabtu..!! Jadi kepada sesiapa yang ingin menambahkan pendapatan atau pun untuk mencari pengalaman ..rasa nya amat sesuai untuk menyambut cabaran ini!!!

Ciri pembantu yang ambo cari :-
1- seorang yang rajin dan amanah.

2- Yang ingin belajar

3- Menepati masa.

Elaun sebanyak RM 5 sejam akan dibayar kepada yang berminat...!!

Sebarang pertanya boleh terus hubungi ambo ditalian 017 2347647 - bila2 masa!!