Ruj Kami : KKIP/RAMADHAN/2023
Tarikh : 02/03/2023
PARA DERMAWAN & STAF YANG BUDIMAN
Assalamualaikum
Selamat Sejahtera ,
Tuan/Puan,
PROGRAM SIMPULAN KASIH SAYANG RAMADHAN SUMBANGAN KEPADA ibu-ibu, ibu-ibu kena tinggal DAN ibu tunggal miskin
Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon tajaan dan sumbangan dari pelbagai pihak bagi menjalankan Program Kebajikan.
Program yang dinamakan dengan nama Simpulan Kasih Sayang Ramadhan (SKSR) ini merupakan salah satu daripada program kebajikan yang dilaksanakan oleh Kelab Kasih Ibu Prihatin (KKIP) dengan kerjasama pelbagai pihak bagi meringankan sedikit bebanan serta menceriakan penerima sumbangan yang terdiri daripada ibu-ibu, ibu-ibu kena tinggal & ibu tunggal miskin.
Justeru, KKIP dengan rendah hati mengajak mana-mana badan, syarikat, dan individu untuk bersama kami menjayakan program Simpulan Kasih Sayang Ramadhan. Moga dengan pelaksanaan program ini menjadi bukti keprihatinan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam menempuhi ibadah dalam bulan Ramadhan di samping membawa keberkatan kepada para penyumbang.
Objektif KKIP adalah cuba meringankan beban hidup serta keceriaan buat individu serta keluarga yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadhan.
Menyuntik semangat buat penerima sumbangan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik & selesa.
Dengan sasaran 1000 buah keluarga untuk program tahun ini, KKIP bersedia untuk menggerakkan para sukarelawan di kawasan tumpuan dalam usaha bukan sahaja untuk mencari individu atau keluarga yang layak menerima sumbangan tetapi membantu melaksanakan juga majlis penyerahan sumbangan atau aktiviti seperti menyampaikan sumbangan ke kediaman penerima sumbangan jika ada penerima yang uzur, dan lain-lain.
ANGGARAN BELANJAWAN UNTUK 100 PENERIMA
Beras 2,600.00
Makanan Kering (Bihun, Tepung, Gula, Kurma) 5,000.00
Minyak masak 2,500.00
Wang Tunai 10,000.00
Jumlah 20,100.00
Semoga program Simpulan Kasih Sayang Ramadhan ini menjadi salah satu penzahiran keprihatinan masyarakat di Malaysia yang berterusan tanpa mengira latar belakang diri dalam menghulurkan sumbangan serta mampu meringankan sedikit kesusahan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik seperti ibu-ibu, ibu-ibu kena tinggal & ibu tunggal miskin.
Di samping itu, diharapkan usaha sebegini akan mendekatkan lagi para penyumbang kepada taqwa serta penghayatan sebenar bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Syukran Jazakallahu Khairan Khathira.
Sekian.Wassalam.
Yang benar,
KELAB KASIH IBU PRIHATIN
SALDAWATI BINTI MOHAMADAN
PENGERUSI
INFAQ @ SUMBANGAN DANA:-
RM10 RM20 RM30 RM50 RM100 @ Seikhlas yang boleh
Bank in terus ke akaun :
KELAB KASIH IBU PRIHATIN
MAYBANK BERHAD No Akaun:- 5626 7423 2024
RUJUKAN: RAMADHAN KASIH
Sekretariat:-
Bahagian Penajaan
18, Jalan Rasmi 7, Taman Rasmi Jaya, 68000 Ampang, Selangor.
Tel: +6017-3602624 - Ustaz Zain Pengelola Program
+6011-64218891 (WASAP SAHAJA) - Kamarul
Email : nabila.kasih.ibu@gmail.com admin@kasih.jombantu.com.my
https://kasih.jombantu.com.my/
https://www.facebook.com/kelabkasihibuprihatin segala program yang telah dijalankan boleh dirujuk disini
Sijil Pendaftaran Kelab
Untuk memastikan pandaftaran Kelab Kami berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia boleh semak melalui link ini:
https://www.ros.gov.my/www/portal-main/semakan
Khamis, 30 Mac 2023
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan