Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 6 Mac 2014

TAWARAN DISKAUN SAMAN DBKL AKAN BERAKHIR SABTU INI..!!!





Kempen tawaran diskaun kompuan DBKL akan berakhir pada hari sabtu 8 Mac nanti.  Hampir 33,000 saman telah dijelaskan sempena tawaran bayaran purata RM30 untuk setiap notis kompuan yg dikeluarkan.
DBKL telah berjaya mengutip hampir RM700,000 dari kempen itu.

Saman boleh dibayar samada di kaunter bayaran DBKL atau pun di pejabat Pos dengan membawa notis kompuan atau pun no kenderaan. Nama pemilik mungkin akan disenarai hitam jika gagal membuat bayaran dalam masa yg ditetapkan...

ambo rasa kita perlu cepat2 ambil kesempatan ni.... berbanding saman biasa berjumlah antara RM50 - RM300 ... kini cuma RM30 sahaja.. cuma ambo harap DBKL boleh lanjut kan sikit lagi masa agar lebih ramai dapat menjelaskan samaN mereka.




S

Rabu, 5 Mac 2014

Isu Kalimah Allah.. Ada Pihak Lontar Provokasi Melampau




Seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (ngo) yang menyokong kalimah Allah untuk penganut Kristian, Siti Kassim menyifatkan orang Melayu dan umat Islam seperti lembu kerana mematuhi serta percaya kepada ajaran agama yg dibawa oleh alim ulama Islam terutama berkaitan penggunaan kalimah Allah.
Katanya, kalimah Allah bukan utk orang Islam sahaja, ia untuk semua umat dan makhluk yang dicipta Allah.
“Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.
“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.
“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseoeang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata kepada media di perkarangan kompleks Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pagi ini.
Kira kira 500 ahli NGO Islam berhimpun di perkarangan Istana kompleks mahkamah untuk mendengar keputusan berhubung rayuan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katholik.
Siti Kassim yang memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam’ berkata, beliau tidak setuju dengan tindakan NGO islam membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
“Siapa mereka nak menghukum? Semuanya biar Tuhan yang tentukan,” katanya yang kemudian didatangi seorang aktivis islam menegurnya kerana membuat provokasi dalam kelompok penyokong NGO Islam.
Siti Kassim yang enggan berganjak dan mahu berdebat dengan aktivis berkenaan diarahkan seorang anggota polis supaya tidak menghampiri kumpulan NGO Islam bagi menggelak berlaku ketegangan.
Kata Siti Kassim, sesiapa sahaja makhluk berhak ke atas Allah.
Filed in: Liputan Khas

Selasa, 4 Mac 2014

Anggota Polis Maut DiSerang Penjenayah Warga Asing di Klang..!!




Kerjaya sebagai anggota Polis semakin merbahaya... pagi tadi seorg anggota Polis dari unit peronda telah meninggal dunia setelah diserang oleh sekumpulan penjenayah warga asing  di Taman Sentosa Klang.


Rakan setugas pula cedera dan kini telah dirawat hospital.

Dalam kejadian itu Kpl Raja Aizam 53 , yanag cedera di kepala meninggal dlm perjalanan ke Hospital sementara 2 penjenayah juga mati ditembak oleh rakan setugas mangsa .. selepas pistol Raja Aizam yang dirampas oleh penjenayah berjaya dirampas kembali oleh rakan Raja Aizam dan menebak kedua2 suspek...!!


Ambo bangga dengan keberanian kedua2 anggota tersebut.. semuga pengorbanan mereka itu lebih membuat kita hargai tugasan Polis..

Semuga Allahyarham kpl Raja Aizam ditempatkan di kalangan orang2 yg syahid..

MERIAH PASAR MALAM JALAN TAR KERANA BRIM..??

Memang meriah.. itu lah yg ambo dapat gambarkan suasana di Pasar Malam Jalan Tar pada malam minggu lepas.. seperti tidak menang tangan ambo layan pengunjun yang agak lebih ramai dari biasa..

Mungkin ini kerana penangan pemberian BRIM... rakyat ada sikit duit lebih untuk berbelanja..
Walau pun cuaca agak panas tetapi orang ramai tetap bersesak di sepanjang lorong pasar malam Tar. Jika begini sentiasa ... mewah lah peniaga macam kami..

Cuma yg sedikit tidak seronok..kerana dalam situasi cam gitu banyak juga pihak2 yg tak bertanggungjawab ambil kesempatan utk jalan kan kegiatan seluk saku..

Apa pun ambo ucap tahniah kepada AJK Pasar Malam Tar kerana telah mengambil langkah berjaga2 demi keselamatan dan keselesaan pengunjung .

Semuga keadaan ini akan kekal selama mungkin.