Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Jumaat, 26 Oktober 2012

MERIAH DAN UNIK MAJLIS KORBAN 2012 di JALAN TAR..!!

Sejurus selepas sembahyang sunat Aidiadha pagi tadi... Lebih 20 ekor lembu dan berpuluh ekor kambing telah dikorbankan.

Majlis tahunan itu, dijalankan dengan penuh meriah di ruang parking terbuka belakang kompleks Semua House.

Kebanyakan yang mengambil bahagian dalam majlis korban itu terdiri daripada warga asing yang menjalankan perniagaan di sekitar Jalan TAR dan juga penduduk setempat.

Daging sembelihan akan dibahagi kepada 7 bahagian, dan diagihkan kepada individu yang mengambil bahagian.

Suasana menjadi lebih gamat bila mereka yang hadir berebut2 untuk mendapatkan daging korban ... ada ketikanya menjadi tidak terkawal...! ,

Apa pun suasana majlis korban di sini memang meriah.. Malang nya tidak pernah mendapat liputan media walau pun agak unik...!!

Pukul 12 tenga hari... Majlis selesai...!! Ad yang mem bahagikan daging korban mereka terus di tapak korban..dan ada juga yang membawa balik untuk diagih2kan sendiri kepada jiran dan saudara mara mereka.

Bagi ambo, cara begini lebih bagus kerana ahli korban sendiri yang agihkan daging mereka, berbeza yang diamalkan dimana pihak masjid/surau yang membuat agihan...!!

Bila hadir majlis korban begini...teringat ambo pada majlis korban di Kelantan.. Kongsep nya mmg sama..!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 24 Oktober 2012

Tun M Pun Naik Exora!

Semalam ambo ke Akedemi Pengajian Islam untuk menghadiri simposium Dialog Antara Peradaban Menuju Keamanan.

Mungkin kerana ucaptamanya disampaikan oleh Tun M... Penuh sesak dewan Kuliah Utama ... !! Macam biasa lah ucapan Tun M sudah mampu menarik hadirin utk terus terpegun di tempat duduk masing2.

Kehebatan Tun M mmg tidak boleh dinafikan.. Beliau mmg negarawan hebat...!! Tetapi dalam hebatnya..Tun M sebenarnya seorang yang amat merendah diri..!!

Tun M hadir ke UM cuma dengan kereta Proton Exora. Walau pun cuma kereta buatan Malaysia Tun M tetap nampak hebat...!!

Jika Tun M boleh gunakan kereta Malaysia untuk hadir ke majlis2 besar mengapa sifat sebegini juga tidak menjadi amalan pihak2 lain?

Maka teringat kata2 Tun M semasa mahu melakukan pembedahan jantung di IJN.." Kalau saya tidak yakin kepada bangsa saya...siapa lagi nak yakin??"

Tun M mmg hebat.. Semuga Tun M selalu dalam rahmat Allah..!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Gomo Kelate Gomo!!!

Esok perang antara Pasukan Bola Kelate dan ATM akan berlangsung. Sebagai anok Kelate ambo juga mahu pasukan Kelate menang. Kalau boleh biar tak meletup senjata ATM esok..!!

Kepada anok2 Kelate yg dalam perjalanan datang KL, ambo doakan agar selamat mari dan selamat kelik... Tp lagu2 mano pun ambo niaga macam biasa petang esok di Pasar Malam Jalan TAR...!!

Sebelum gi stadium tu.. Molek jugok kalau singgah ke Pasar Malam TAR...

Gomo Kelate Gomo!!!