Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Jumaat, 7 Disember 2012

DEMONSTRASI HARAM BOLEH RUNTUHKAN EKONOMI NEGARA !!!!

Perkara2 seperti ini membuat peniaga pasar malam  Jalan TAR  selalu  rugi besar.....!!
Suasana lenggang setiap kali demo haram diadakan sekitar Jalan  TAR... tak kesian ke  mereka kepada  kami yang mahu mencari rezeki untuk keluarga?

suasan huruhara seperti ini sudah tentu menjejaskan  rezeki banyak pihak......
Penunjuk2 perasaan bukan nya singgah untuk shopping dan membantu kami .....mereka cuma buat kacau dan berjalan pergi tanpa rasa bersalah...!!!
Mengapa setiap kali demo mesti diadakan di Jalan TAR?? Mengapa tak buat tempat lain? Mengapa  peniaga  kecil Melayu seperti ambo sahaja yang menjado korban??



pemimpin macam ini kah kita nak gantung kan harapan negara kalau kesusahan peniaga kecil macam kami pun dia tak ambil peduli??
kalau setiap org yg demo ni pakat shopping kat Pasar Malam TAR...tak lah kami rugi....ni datang huhahuha lepas tu balik....yg rugi peniaga kecil melayu macam ambo ni jugak..!!


Mak cik....makcik paham ke apa yang makcik buat ni?? makcik tau ke makcik dah susahkan ramai orang.... kan elok dok rumah jaga anak cucu ada juga menafaat nya..!!

 Dalam Dewan Negara semalam , ore kampung ambo...Datuk Awang Adik kato ..ekonomi negara boleh terjejas teruk kalau pihak2 tertentu yang terus menganjurkan demo haram ...!!!

Isu ni ambo setuju sangat... contoh ekonomi negara Thai yang menjunam kerana tunjuk perasaan tak henti2 berlaku kat sana...hingga peniaga2 pun tak boleh berniaga...cam mana nak cari makan kalau lepas baju kuning tunjuk perasaan..baju merah pula tunjuk perasaan...habis baju merah.... baju belang pula !!!

Sebagai peniaga kecil ...rezeki ambo bergantung kepada keamanan dan juga kuasa belanja yang ada pada rakyat ....jika keamanan tak de ...ekonomi akan terjejas...cam mana rakyat nak ada kuasa membeli...!! tetapi yang suka buat demo ni tak pernah fikir itu semua agaknya....!!! otak mereka kadang2 ambo nampak cerdik sikit dari otak lembu saja....!!

Seperti kata Datuk Awang Adik yang negara kita sekarang ni bergantung kepada pertubuhan ekonomi dalam negara... kita tak boleh terlalu bergantung kepada ekonomi global yang dilanda kemelesetan.

Ambo sendiri dapat rasakan kerajaan sudah melakukan berbagai program termasuk merangka transformasi dalam dasar kerajaan dan ekonomi untuk menarik pelabur tempatan dan pelabur luar'

Tetapi sehebat mana pun program yang dirancang...jika masih ramai pihak yang tak de otak terus menerus membuat kacau dengan berdemo haram..... semua akan sia2.....!!! Dan tak mustahil ekonomi Malaysia akan menjadi seperti Thailand... peniaga2 kecil macam ambo akan terus menjadi mangsa..!!!

Ambo haram... jika pihak yang suka buat demo harap itu benar2 sayangkan negara kita... dan tak mahu negara kita hancur....tak mahu rakyat susah..sudah2 lah buat demo haram....!! Banyak cara lain untuk buat bantahan ....tetapi bukan nya cara berkumpul kat tengah2 bandaraya lepas tu buat kacau hingga susah kan org ramai..!!!

 Sebagai rakyat biasa..ambo selalu doakan agar negara kita terus aman dan dijauhkan dari manusia2 perosak...!!

Semuga Allah rahmati Malaysia..!!!








Rabu, 5 Disember 2012

SUP TULANG KELANTAN DAN IKAN BAKAR YANG MENGAMIT NASTOLGIA..!!

sup putih dan ikan bakar yang enak....
sambal yang terus diletak atas ikan yang fresh dibakar ...memang menyelerakan....

'kawe cuma guna iakn yang
boleh juga dibuat percik
daging goreng ala kelantan yg sangat sedap
Gerai nya terletak di gerai UPEN , Taman Seri Watan, Ampang. Masakan agak simple.... sup daging Kelantan dan ikan bakar  disamping lauk2 lain seperti kari ayam kampung dan daging goreng.

Ambo selalu juga ke sini kerana rasa sup nya mmg asli. Bila hirup jee kuah sup ambo pasti akan teringat masa remaja dulu...menikmati sup tulang di Restoran Daud di Wakaf Che Yeh, KB.

Kini rasa sup enak itu boleh ambo rasa lagi di sini. Selain sup ikan bakar nya juga sedap... cuma ikan2 segar saja yang digunakan. Rasanya amnis ditambah pula sambal cili yang dituang terus atas ikan tersebut mmg serasi...membuatkan kita terus menyuap walau pun rasa pedas cili yang menyengat..!!

Ikan bakar juga boleh dijadikan ikan percik..tetapi ambo tetap suka ikan bakar yang dituang sambal cili diatas nya..rasa nya agak pedas tetapi unik...!!

Kepada yang suka masakan Kelantan asli...ambo yakin rasa sup dan ikan bakar ini akan benar2 membuat kita mengamit nastolgia di kampung halaman ....terutama yang berasal dari Kelantan seperti ambo..!!!

Isnin, 3 Disember 2012

JOM PEKENA MEE UDANG KAT RESTORAN MAK JAH..!!!!!

mee udang special..tenguk lah udang2 besar  sedang tersenyum  sedia untuk diratah..!!
Cawangan Mee Udang Mak Jah di Wangsa Maju
mee udang biasa..udang nya puun boleh tahan besar juga..!!

hidangn kuey teow udang yang kaya dengan udang!!

nasi goreng udang pun terangkat jugak..!!
Mee Udang antara menu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia... tak kira apa bangsa bila sebut mee udang Kuala Sepetang atau pun mee Udang Sungai Dua.... semua akan terbayang udang yang besar lagi segar sedang berenang2 dalam mangkuk sedia untuk diratah..!!!

Untuk menikmati keenakan mee udang sekarang ini kita sudah tidak perlu lagi memandu ke Perak atau pun terbang ke Penang.... semua dah ada tersedia di KL ni..!!!

Mee udang istimewa Mak Jah yang begitu popular di Kuala Spetang sudah bertapak di Wangsa Maju...!! Rasa mee udang kat sini  tidak lari dari tempat asal nya.....!! Udang nya yang besar..rasa kuah mee nya yang manis begitu mengetuk selera..!!!

Selain mee udang...restoran Mak Jah juga ada menyediakan kuey teow udang dan nasi goreng udang... semua nya enak2...yela..udang mmg dah sedia sedap....masak apa pun tentu sedap..!!!

hehe..ketika menikmati mee udang tersebut,,,ambo rasa seperti dok tepi kolam udang....aroma udang yang menusuk dari mee tersebut boleh membuat kita lupa dunia sekejap..!!!

harganya pun amat berbaloi....untuk mee udang special..harganya cuma RM12 ...dalam mangkok ada 6 ekor udang..sehingga melimpah keluar..kalau boelh melompat nescaya udang tu dan melompat..!!

Untuk mee udang biasa harga nya cuma RM8 sahaja..juga mengandungi 6 ekor udang tetapi saiz nya kecil sedikit...samada kecil atau besar..pendek kata untuk makan mee kita perlu alihkan udang....!!

Kepada pengemar2 mee udang atau nasi goreng udang atau kuey teow udang atau udang goreng atau udang celup tepung atau apa jenis udang sekali pun..ambo rokemen restoran Mak Jah..nescaya hok gi makan sana akan balik dengan senyuman dan kepuasan..!!!

Rabu, 28 November 2012

GULAI KAWAH DAN MASAKAN ASLI KELANTAN SEDAP DAN MURAH. DI RESTORAN HJ YAAKOB MURNI - JALAN RAJA ALANG!!

Musim Perhimpunan UMNO datang lagi.. Suasana Kuala Lumpur kembali meriah ... Hampir 300 ribu ahli UMNO dari seluruh negara berkumpul di pusat bandaraya.

Sudah tentu, bila ramai yg hadir menu makanan akan menjadi perhatian utama. Masa ini lah perwakilan dan pemerhati UMNOyang hadir sebuk mencari restoran2 enak untuk menjamu selera meski pun ada hidangan disediakan di PWTC.

Bagi yang berasal dari Kelantan.. Sudah tentu mereka mencari restoran selera Kelantan. Ada beberapa tempat yang menjadia tempuan termasuk lah MZ, Hj Hassan dan yang paling ambo suka adalah Restoran Hj Yaakub Murni yang terletak di Jalan Raja Alang...berdepan dengan hotel Regency.

Ambo mula makan kat sini sejak tahun 80an lagi.... Masa tu ambo belajar di sebuah kolej swasta di Jalan Ipoh. Sebelum balik ke rumah ambo di Lucky Garden, Bangsar ambo akan singgah dulu makan kat sini... Makanan nya murah dan sedap... Kalau nak menjamu selera di sini kena datang awal..kerana selepas pukul 2 petang biasanya lauk sudah habis.

Musim PAU seperti sekarang... Biasanya restoran ini akan dipenuhi oleh perwakilan dan pemerhati UMNO dari Kelantan...!!

Yang paling special menu kat sini adalah gulai kawah nya... Sangat sedap... Begitu juga sare ( rumpai laut) dan jeruk maman.

Tetapi yang ambo paling gemar adalah gulai itik nya... Sangat enak....!!

Kalau nak rasa masakan Kelantan asli yang sedap dan harga berpatutan.. Boleh singgah ke restoran ini yang di buka seawal 11 pagi... Dan biasa nya sebelum pukul 2 petang.. Lauk dah licin...!!

Jadi..jom datang awal... Nak ajak ambo sekali pun boleh...!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 27 November 2012

KESIAN APEK...!!

Malaysia kalah..!! isu yang paling hangat.. Tak kira kat mana2 semua bercakap perkara ini, malah pengikut Pas dan UMNO pun boleh dok semeja bila bercerita kekalahan pasukan Malaysia di tangan Singapura .

Masing2 mencari sebab untuk disalahkan... Dan paling kuat menerima tekanan adalah Apek yg dikatakan memberi gol mudah sehingga meranapkan moral pemain ubtuk melawan. Betulkah begitu?

Bagi ambo gol kedua itu mmg kesilapan Apek..yg tak sepatutnya menumbuk bola tersebut hingga memberi ruang pasukan Singapura menghasilkan gol.

Pasukan Malaysia mmg bermain dengan cukup buruk... Semua 3 gol diljaringkan dengan agak mudah...!!

Kawalan pasukan Malaysia amat lemah dan tiada penyudah yg sempurna..itu punca kekalahan...!!

Hehe tetapi mentang2 lah Apek nak kawin dan baru istyiharkan majlis kawin nya ..ramai yg dok kata itu sebab kekalahan...konon nya Apek dah tak fokus kepada bola tetapi lebih fokus kepada nak kawin... Hehe macam lah Apek kemaruk sangat nak berbini...!!

Ambo harap rabu ni Apek boleh buktikan dia tetap boleh fokus utk tangkap bola.... Apa pun sabarlah Apek... Ambo dan ramai lagi tetap yakin Apek mampu bermain lebih baik lepas ini walau pun majlis kawin makin dekat...hehe..!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 21 November 2012

KHAIRUL FAHMI NIKAH 28 DIS 2012

Sah Apek akan kawin 28 Dis nanti..itu disahkan sendiri oleh Apek sekejap tadi semasa ditemuramah secara langsung melalui siaran radio THR Gegar.

Sementara majlis persandingan di sebelah Leuniey akan berlangsung pada 30 Dis 2012 di Hotel Renaissance, Kota Bharu.

Untuk peminat pula Apek menjemput hadir ke majlis persandingan pihak lelaki di rumah Apek sendiri di Kampung Cherang, Kota Bharu pada 5 Jan 2013.

Sementara untuk rakan2 Apek di KL majlis resepsi akan dilangsung kan di Hotel Royale Bintang, Damansara pada 13 Jan 2013.

Sebagai peminat ambo ingin ucapkan selamat Pengantin Baru kepada Apek dan Leuniey semuga kekal ke anak cucu. Dan semuga selepas ni Apek akan mendapat inspirasi lebih baik untuk menjadi penjaga gol yang lebih gemilang.... Hehe suko lah demo Apek boleh bini comel..!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CUMA BANTU GAZA??-TUN M DAN UMAT ISLAM MALAYSIA ABAI PELARIAN ROHINYA?

Beribu kali Tun M buat baik...yang buruk juga dipandang orang???
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 20 November 2012

TUN M LANCAR TABUNG KECEMASAN GAZA - JOM PAKAT JIHAD!!

Pagi tadi ambo bersama rakan2 www.kelabchedet.com turun ke PWTC untuk memberi sokongan kepada pelancaran Tabung Kecemasan untuk Gaza!!

Ketika berucap melancarkan tabung tersebut.. Menyifatkan derma yg disalurkan kepada rakyat Gaza sebagai jihat.

Sebelum itu.. Doa yg dibacakan oleh Datuk Zainal Abidin Sakom telah mengundang air mata... Air mata ambo sendiri bergenang mengenangkan nasib umat islam di Gaza...!!

Ambo harap rakyat Malaysia akan terus menunjukan keperihatinan membantu Gaza... Saemuga dengan membantu Gaza .... Allah lindungi negara kita dari bencana..!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GAZA PERLUKAN BANTUAN KITA... JOM DERMA!!!

Kita melihat Gaza diserang... Kanak2 dibom tanpa belas kasihan... Apa tindakan kita? Luah rasa simpati sahaja? Atau cukupkah sekadar boikot sana..boikot sini???

Yang lebih afdal kita menderma demi survival saudara2 kita di Gaza..!! Jom derma!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 19 November 2012

WAJArKAH BOIKOT MCDONALD MALAYSIA?

Hari ini McD umumkan memberi percuma 200,000 Egg McMuffin kepada pelanggan yang hadir ke premis mereka.

Ambo singgah juga kat McD, Ampang Jaya untuk meninjau situasi..ternyata barisan panjang pelanggan sedang menunggu utk mendapatkan Egg McMuffin mereka. Kalau dilihat secara mata kasar kempen dalam media alternatif agar memboikot tidak begitu berhasil.

Ada yg marah2 bila melihat masih ramai yg ke McD pagi ni... Konon nya mereka itu telah membantu Yahudi!!

Ambo tak tahu nak cakap apa dengan dakwaan tersebut. Bagi ambo tak de salah apa utk dapatkan makanan percuma itu. Apakah dengan ke McD dan ambil makanan percuma itu boleh dikatakan bantu Yahudi??

Pihak McD Malaysia sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka tidak salurkan hasil jualan kpd kempen politik, keganasan atau penindasan.

Terdapat 11,500 yg sebahagian besarnya org islam yg bekerja di Mc D, apakah kita nak kata mereka juga sokong yahudi?

Ambo yakin McD Malaysia bukan sikit salurkan cukai kpd kerajaan utk pembangunan negara disamping menjalankan kerja2 kabajikan lain .

Nabi Muhamad sendiri tidak penah menharamkan jual beli dengan org bukan islam termasuk dari golongan yahudi. Malah Nabi Muhamad juga pernah mencagarkan baju besinya utk membeli makanan dari org Yahudi dgn bayaran bertangguh..

Jadi mengapa kita begitu ghairah memberi hukum utk haramkan semua urusan dengan McD Malaysia yg kita dakwa sokong Yahudi..!!

Jika McD Malaysia terang2 mengeluarkan kenytaan rasmi menyalurkan keuntungan mereka kpd yahudi utk serang Palastine dan menyokong keganasan tersebut... Ambo pun akan boikot...tp tidak ada hitam putih..dan org islam sendiri ramai mencari rezeki kat situ.. Apakah kita mahu jadikan mereka mangsa atas alasan Israel serang Palastine????
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.