Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Ahad, 6 Mac 2011

WABAK H1N1 - PENIAGA PASAR MALAM KHUATIR PENIAGAAN MEREKA TERJEJAS...!!

baju terbaru...corak bunga besar ..berwarna biru terang..sangat menarikkk..!!
ini pula kita tampilkan corak bunga kecil dengan warna yang lebih lembut....!!
ini antara corak terbaru yang laris macam goreng pisang panas bila mula dibuka hari ini...!!
hujan yang agak lebat membantutkan sedikit penigaan di Pasar Malam TAR..!!
alhamdullillah.... pelanggan tetap ramai....!!
suasana agak sesak di tapak ambo walau pun hujan...!!
pilih dik...pilih.... itu adalah yang terbaru... mahal sikit tak pee janji cantik..!!
tekun nya adik kita ni dok pilih....elok nya adik borong semua..tak lee susah2 nak pilih lagi..!
corak tu memang cantik dik... sesuai dengan kulit cik adik yang putih tu...!!
tenguk...romantis kan?? cik abang tekun memilih baju utk isteri tercinta....!!
hehe akak ni suka pilih baju yang warna garang..agak nya nak sesuaikan dengan muka nya yang garang tu....!! ..
cik adik yang manis ni tertarik betul dengan baju ini....hingga berposing dia dengan baju ..!!
ini adalah antara pelanggan tetap ambo... tenguk baju yang dia pakai tu.. pun beli gan ambo...!!
keadaan ramai seperti ini..berlarutan hingga ke waktu ambo tutup ....syukur..murah juga rezeki hari ini....!!!


Wabak H1N1 menyerang lagi...Tiga kes kematian akibat jangkitan virus Influenza A (H1N1) disahkan dari 1 Januari tahun ini, termasuk seorang pelajar berusia 16 tahun di Kajang yang meninggal dunia pada 24 Februari lalu.

Sikit sebanyak berita itu menimbulkan kerisauan kepada peniaga-peniaga kecil macam ambo ini, maklum lah ambo mencari rezeki di tempat tumpuan ramai orang. Dan jika wabak ini terus menular tentu akan memberi kesan kepada periuk nasi ambo.

Walau pun begitu, hingga saat ini.. ambo masih bersyukur kerana wabak tersebut masih tidak memberi kesan buruk kepada kami.. Pasar Maalam Jalan TAR terus dikunjungi dan alhamdulillah jualan ambo pada hari ini amat baik walau pun hujan telah turun hampir dua jam petang tadi...!!

Ambo yakin, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mampu mengawal wabak ini. Dan insyaallah rakyat Malaysia akan terus dilindungi oleh Allah .

Kepada pelanggan2 ambo... stok baru sudah sampai... masih panas dan laris macam goreng pisang. Untuk edaran baju terbaru ini, kita masih kekalkan baju dari pure cotton India dan masih menjahit baju di sana bagi mengekalkan mutu disamping memberi harga yang lebih kompetitif kepada pelanggan..!!

Ambo yakin, sesesiapa pun yang melangkah ke tapak ambo di Pasar Malam TAR akan tertarik dengan corak dan warna ceria yang kami tampil kan pada baju terbaru kami....!!!

Dengan harga yang kekal murah dan corak yang menarik disamping dibuat dari kain cotton yang bermutu..amat berbaloi untuk dibeli...!!

Kalau nak tahu kan kepastian... sila ke tapak ambo...insyaallah anda semua akan berpuas hati...!!

2 ulasan:

Kisah Cinta berkata...

Semuga kita semua selamat.

Tanpa Nama berkata...

wow cantik nya baju. harap harga nya juga murah macam biasa.