menu adalah perjanjian antara peniaga dengan pelanggan, jika apa yang tertulis pada menu tidak diikuti apakah sah jual beli yang dijalankan??
untuk maju dalam perniagaan kita perlu jujur pada diri sendiri dan orang lain!!
tom yam adalah menu kegemaran ambo...kemana saja ambo pergi ..tom yam adalah antara pilihan ambo yang utama!!
untuk menarik pelanggan bukan terletak pada menu yang pelbagai semata-mata, tetapi terletak juga pada cara kita melayan dan sifat jujur kepada pelanggan!!
Dah lama rasa nya ambo tak sempat nak up kan blog ini, almaklum kebelakangan ini ambo agak sebok dengan urusan duniawi dan ukhrawi!!
Petang tadi orang rumah ambo ajak ambo ke kedai cermin mata di Setiawangsa selepas balik dari pejabat. Dia tempah cermin mata baru...hehe cun juga!!!
Selepas urusan kat kedai cermin mata selesai, kami ke medan Selera Setiawangsa berdekatan dengan sekolah untuk menjamu selera... ermm..suasana kat situ ok juga ditambah dengan suasana yang ambo kira amat selesa!!
Ambo masuk ke kedai nasi lemak yang juga berniaga di pasar Malam Jalan TAR setiap sabtu, ambo pesan nasi lemak ayam dan orang rumah ambo oder nasi lemak bersama telur mata. Boleh tahanjuga sedap nasi lemak tu ...walau pun agak banyak tetapi ambo terkejut bila orang rumah ambo yang sedang diet tu pun masih boleh licin kan..cuma tinggal daun pisang sahaja!!
Sambil makan, orang rumah ambo pesan lauk bungkus untuk anak-anak di rumah kat kedai tom yam yang terletak bersebelahan. Bila tenguk menu orang rumah ambo pesan apa yang dia nak!! Lepas bayar nasi lemak ..orang rumah ambo ke kedai sebelah untuk bayar apa yang dia oder!!
Bila bayar..tiba-tiba harga nya berbeza, bila ditanya mengapa harga tidak sama dengan kat menu... selamba sahaja tuan kedai cakap...pada menu itu harga lama..harga baru sudah naik..!!!nak tak nak kami bayar juga....!!
Ambo sebenar nya tidak kisah dengan harga yang lebih RM0.50 dari menu..apa yang ambo kesal kan mengapa perlu ditayangkan harga yang beerbeza sedang kan harga sebenar lebih mahal??
Sepatut nya para peniaga kena prihatin perkara seperti ini, jangan ingat semua orang akan membayar bila harga berbeza dari menu. Manu adalah perjanjian antara pembeli dan pelanggan dan etika ini sepatut nya perlu dipatuhi oleh semua pihak!!
Cuma ambo pelik, tidak boleh kan peniaga itu ubah kan sahaja harga pada menu tersebut?? susah sangatkah?? apakah mereka lebih mudah meminta harga lebih dari pelanggan dari membetul kan harga pada menu????
Bagi setengah orang, apa yang peniaga itu buat seperti menipu!!
Dalam perniagaan ini, jika kita tidak jaga perasaan pelanggan ..kita tidak akan maju..percaya lah!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
dalam harian metro hari ini ada kes yang hampir sama. seorang pengurus bank terpaksa membayar ikan yang dia makan dengan harga RM100 walau pun pada menu nya cuma RM80 sekilo.
Alasan yang diberi kerana pada menu itu harga lama.
Pihak kerajaan perlu mengadakan pemeriksaan lebih kerap agar isu seperti dapat dibendung demi kepentingan pengguna!!!
Catat Ulasan