Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Ahad, 27 Februari 2011

POSTER BERBAUR RACIST DI SEKITAR JALAN TAR - MENGAPA DBKL DAN POLIS TIDAK BERTINDAK CEPAT????

ini adalah antara poster yang agak rasict bunyi yang tampal sekitar Jalan TAR dan Jalan Masjid India.
hari ini..pelanggan amat ramai datang berbekanja di tapak ambo.. syukur..kalau terus begini..cepat ambo naik haji..!!
menarikkk..!!! jika dulu orang2 kita suka pakai baju kelab2 bola luar negara.. tetapi sekarang di sekitar Jalan TAR... lebih ramai yang suka pakai jersi negara sendiri termasuk pasangan yang sedang memilih baju ini!!
Suasana sesak sebegini...berlaku dari awal ambo buka..hingga ke malam....!! hehehe masyukkk!!
kepada yang belum berkunjung ke tapak ambo utk beli baju yang termurah lagi tercantik... jemputlah.... ada harga istimewa utk pembaca blog ini...!!




Sebagai Peniaga kecil...satu perkara yang ambo paling tidak suka adalah perhimpunan haram... walau apa sekali pun alasan yang mereka berikan untuk mengahalalkan perbuatan haram tersebut..kesan nya tetap buruk terutama kepada golongan macam ambo ini!!

Dalam satu dua hari ini tersebar berita bahawa kumpulan haram Hindraf akan membuat demo haram di perkaranagan KLCC pada pagi ahad...walau pun mereka tidak berhimpun di sekitar Jalan TAR tetapi sikit sebanyak akan menghalang orang ramai dari datang utk membeli belah di sini... Sudah tentu berita itu juga akan membuat sesetengah orang berfikir banyak kali sebelum turun untuk berbelanja di sekitar pusat bandar KL... !!dan sudah tentu juga... peniaga2 di sekitar KLCC akan menerima kesan yang paling buruk!!

Di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan TAR..poster-poster tentang perhimpunan haram itu telah ditampal dibanyak tempat...termasuklah di pondok talifon...dinding, pokok dan sebagai nya...!! Keadaan ini bukan sahaja menyakitkan hati kita membaca tetapi juga menyakitkan mata yang memandang...!!

Ambo juga hairan mengapa pihak yang berwajib tidak mengambil tindakan segera utk membersihkan poster2 haram itu?? mengapa dibiarkan hingga menyakitkan mata memandang nya... !!Poster itu pula ditulis dalam berbagai bahasa...maka apa pandangan palancong yang ramai berkunjung di sekitar Jalan TAR bila membaca poster2 itu???

Ambo harap .. selepas ini pihak yang berwajib... terutama DBKL dan Polis ambil perhatian serius hal ini..jangan dibiarkan poster2 rasict ditampal bebas hingga menyakitkan hati dan menjolok mata bila membaca nya.... !!

Apa yang ambo khuatir..akan ada pula pihak lain yang akan membuat poster balas...dan jika ini berlaku...kita mungkin tidak terduga apa kesan sterus nya...!! Jadi sebelum terlaambat... brtindaklah...wahai DBKL dan Polis...!!!

Rabu, 9 Februari 2011

SAH..!!! KHABAR ANGIN FB AKAN TUTUP PALSU.



Nampaknya para pengemar FB tidak lagi perlu risau dengan khabar angin konon nya rangkaian sosial itu akan ditutup. Kita boleh baca berita Facebook akan memindahkan ibu pejabat korporatnya di Sun Microsysems ke Menlo Park, California bermula pertengahan tahun ini

Makna nya kalau pertengahan tahun ini baru nak berpindah... cam mana boleh kata FB akan di tutup pada bulan mac atau april ni??

Peminat FB nampaknya boleh senyum sampai telinga!!!

Facebook berpindah ke ibu pejabat lama Sun Microsystems

MENLO PARK 9 Feb. – Facebook akan memindahkan ibu pejabat korporatnya ke Menlo Park, California bermula pertengahan tahun ini, iaitu perpindahan kedua syarikat rangkaian sosial paling pantas berkembang itu dalam tempoh dua tahun.

Facebook yang mempunyai 2,000 pekerja dan kini berpangkalan berhampiran Palo Alto berkata, perpindahan ke satu lagi kawasan Silicon Valley itu akan memberi lebih ruang untuk mengembangkan kakitangannya pada masa depan.

Facebook, iaitu rangkaian sosial terbesar di dunia dengan lebih 500 juta pengguna, sedang berkembang pesat dari segi pertumbuhan operasi dan kakitangan.

Ibu pejabat baru itu nanti mempunyai keluasan kira-kira 93,000 meter persegi dan ia merupakan bekas ibu pejabat Sun Microsystems yang kini telah diambil alih oleh Oracle Corp. pada 2010.

Proses perpindahan dijangka dapat dimulakan Jun atau Julai ini. - Reuters



KALAU SINGGAH BANDAR KETEREH MESTI RASA NASI KUKUS KAK NAH..!

Bandar Ketereh...ternampak jelas kepada replika buah ketereh (gajus)



Kedai Nasi Kukus Kak Nah yang menyediaan nasi kukus asli..!!

Ini lah wajah Kak Nah... wanita yang amat kental dalam jatuh bangun dalam perniagaan..!!
Nasi kukus bersama kari ayam... amat sedap...sudah tentu setiap kali pulang ke Kelantan..ambo akan singgah utk menikmati nya..!!
Nasi yang dimasak dalam kukusan khas bagi mengekalkan rasa nasi kukus yang asli.
ada berbelas jenis lauk yang lazat untuk dipadankan dengan nasi kukus!!
selain nasi kukus.. kedai Kak Nah juga terkenal dengan 'colek' nya...!!
hidangan pemcuci mulut....!!!


Bila berkeluarga begini, saat yang paling seronok tentu lah bercuti dan balik kampung bersama anak-anak dan seorang isteri...!! hehe mmg isteri ambo pun sorang tu saja... belum 2 dan jauh sekali 3.

Kerana ambo ni asal Kelantan..maka tempat yang seronok ambo pergi pada musim cuti tentulah ke tanah tumpah darah ambo jugok... lagi pun di Kalantan banyak benda yang menarik terutama makanan nya...serta suasana nya jugak agak berbeza...!!!

Anak-anak ambo yang lahir dan dibesarkan kat bandararaya metropolitan ni juga ..nampak seronok bila balik ke rumah Tok Mek nya di Tunjong...sempadang antara Kota Bharu dan jajahan Ketereh.

Bercerita tentang Ketereh ni... teringat ambo semasa balik hari tu...singgah makan nasi kukus Kak Nah di bandar tersebut... Kak Nah adalah antara pelupor hidangan nasi kukus yang kini amat terkenal hingga ke KL...!!

Bercerita dengan Kak Nah... memberi ambo banyak ilmu yang berguna...terutama sebagai panduan untuk ambo terus majukan peniagaan ambo..!! ambo dapat pelajari... naik turun dan suka duka peniaga macam Kak Nah untuk terus bertahan ...dengan keadaab ekonomi Kelantan yang tidak begitu baik!!

Apa pun..kalau ambo balik Kelantan lagi...insyaallah ambo tidak akan lupa nasi kukus ..dan colek di kedai Kak Nah....!!!

Semuga Kak Nah akan terus maju jaya!!