Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Selasa, 3 November 2009

PERSATUAN PENGUSAHA TOM YAM MALAYSIA(PERTOM) SANGGAH KENYATAAN AHLI PARLIMEN SRI GADING!!

keratan akhbar yang menyiarkan bantahan terhadap kenyataan Ahli Parlimen Sri Gading yang mendakwa tom yam campur boleh mendatang kan berbagai penyakit!!
Restoran Pha-Pha Garden Taman Melawati, menyediakan tom yam paling sedap ..sesedap tom yam Kg Malayu original yang terkenal tahun 80an dulu!! Ambo akan belanja Datuk Aziz makan tom yam campur kat sini kalau dia sudi!!
Ini kah bentuk tom yam campur yang didakwa Datuk Aziz sebagai punca berbagai penyakit??apakah dia berfikir sebelum bercakap???
CT pun suka masak dan makan tom yam...tak percaya boleh tanya Datuk K!!!


Apa pun alasan nya, ambo kira kenyataan Ahli Parlimen Sri Gading , Datuk Muhamad Aziz yang menyebut Tom Yam campur boleh mengakibatkan berbagai penyakit amat lah kurang wajar!!

Sudah tentu kenyataan seperti ini boleh mendatang kan impak yang kurang baik kepada peniaga-peniaga tom yam yang kebanyakan bumiputra!!

Datuk Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010.

Respo segera PERTOM(Persatuan Pengusaha Tom Yam Malaysia) adalah meminta agar setiap kenyataan yang mahu dikeluarkan, apa lagi melibatkan kepentingan pihak lain perlu dibuat secara berhati-hati agar tiada pihak yang akan berkecil hati!!

Pihak PERKOM telah mengadakan sidang akhbar khas untuk menyanggah kenyataan Datuk Aziz tersebut!!

“Apa yang kita bimbangkan kenyataan itu akan menjejaskan peniaga-peniaga tomyam di seluruh Malaysia.

“Jika dibiarkan kita takut pelanggan-pelanggan akan salah faham sedangkan tomyam mempunyai pelbagai khasiat namun telah disalah tafsirkan oleh individu tertentu,” begitu lah respon segera dari Presiden PERTOM, Mohammad Ab Rahman.

Sudah tentu bila kenyataan itu dibuat , sikit sebanyak akan menimbulkan keraguan di kalangan pelanggan untuk menikmati tom yam campur!!

Secara personal, ambo sendiri tidak setuju dengan kenyataan MP Sri Gading itu. Suka juga ambo bertanya apakah dia sudah membuat kajian terperinci sebelum membuat kenyataan itu?? atau apakah dia bercakap ikut sedap mulut semata-mata bagi mencari populariti di Parliemen??

Ambo saran kan, dari Datuk Aziz merapu begitu hingga menjejas kan periuk nasi peniaga melayu adalah lebih baik jika Datuk aziz boleh memikirkan satu cara bagi memajukan lagi perniagaan Tom Yan yang kebanyakan diusaha kan oleh orang melayu itu!!

Kepada Datuk Aziz...berfikirlah sebelum bercakap...jangan silap cakap nanti makan diri!!

Kepada PERTOM ambo harap akan tegas dalam isu-isu seprti ini. Jangan biarkan periuk nasi anda ditabur pasir oleh manusia yang tidak mengetahui tetapi berlagak pandai!!

Kepada Datuk Aziz kalau nak makan tom yam sedap datang lah ke Pasar Malam Jalan TAR .. ambo akan belanja Datuk dengan tom yam yang paling sedap!!