Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 28 Oktober 2010

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP) - APA NASIB PENIAGA PASAR MALAM TAR!!???

ambo harap DS Najib telah ambil kira nasib peniaga-peniaga kecik macam ambo semasa melancarkan ETP..!!

ambo harap2 baju-baju ambo ini masih terus boleh dijual..selepas terlaksana ETP nanti!!


Ambo sebenar nya tertanya2 juga apakah nasib Pasar Malam TAR bila Program Transformasi Ekomoni (ETP) yang dilancarkan isnin lepas akan dilaksanakan kelak??

Benarkah Pasar Malam ..yang ada sekarang akan menjadi nastolgia cuma bila akan digantikan dengan Pasar Komuniti... dimana kerajaan akan menyelaraskan beberapa pasar malam dan menyatukan mereka di lokasi-lokasi yang mempunyai persekitaran yang kondusif.

Laporan ETP menyebut..“Pada masa ini, pasar-pasar tersebut menghadapi cabaran prasarana. “Mereka beroperasi di beberapa lokasi sementara (contohnya: padang permainan,tempat letak kereta, di tepi jalan raya) yang sering menyumbang kepada kesesakan dan keadaan kotor.”

Inisiatif Pasar Komuniti yang dicadangkan itu dikatakan akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM8.8 bilion pendapatan negara kasar setahun dan mewujudkan 141,000 pekerjaan menjelang 2020.

Ambo sebenar nya tidak menghalang untuk kerajaan melakukan pembaharuan, apalagi jika dilihat kepada penjanaan pendapatan yang sebegitu banyak... tetapi yang ambo dan rakan2 ambo sedikit khuatir adalah berkenaan nasib kami semua.

Mungkin benar kami akan diletakkan di kawasan yang lebih konduksif...tetapi tempat yang elok sahaja belum tentu mampu memberi pulangan seperti apa yang kami raih sekarang!!

Ambo harap, kerejaan akan memberi penjelasan yang lebih jelas agar kami semua tidak keliru... almaklum..kebanyakan kami bukan nya paham sangat untuk membaca laporan ETP dan bidang ekonomi utama negara (NKEA) itu...!!!

Kami juga berharap Persatuan penjaja yang kami dok naungi sekarang ini akan lebih proaktif untuk mendapat maklumat awal tentang transformasi akan akan dilakukan oleh pihak kerajaan tersebut... ini penting kerana kami perlu membuat persediaan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan!!

Pasar Malam TAR adalah tempat kita semua mencari rezeki...malah ramai yang bergantung hampir sepenuh nya kepada pasar malam TAR untuk menampung kehidupan keluarga.. dan sudah tentu sebarang perubahan akan memberi impak kepada kehidupan kami!!!

Cuma ambo berdoa..agar nasib kami di Pasar Malam TAR akan terus terbela!!!